Medan Barat (Perang Dunia II)

Barisan Barat
Sebahagian daripada Perang Dunia II Kancah Eropah

Dari atas kiri mengikut jam: Rotterdam selepas Blitz, Pesawat pengebom Heinkel He 111 Jerman sewaktu Pertempuran Britain, tentera paracut Bersekutu dalam Operasi Market Garden, tentera Amerika berlari merentasi Wernberg, Jerman, Pengepungan Bastogne, tentera Amerika mendarat di Pantai Omaha semasa Operasi Overlord
Tarikh1939–1945
Lokasi
Utara dan Eropah Barat
Keputusan

1939–40: Kemenangan muktamad Paksi

1944–45: Kemenangan muktamad Bersekutu

Perubahan
wilayah
Pembahagian Jerman (1945)
Pihak yang terlibat
Pihak Bersekutu
 Amerika Syarikat(1942-45)
 United Kingdom
Perancis
 Kanada
Poland
 Belanda
 Belgium
 Norway
 Denmark
Czechoslovakia
 Australia
 New Zealand
Afrika Selatan
 Luxembourg
Greece
 Brazil
Kuasa Paksi
 Jerman Nazi
 Itali (1940–43)
Komandan dan pemimpin
1939–1940
Paul Reynaud
Winston Churchill
Maurice Gamelin
Maxime Weygand
Lord Gort
Lord Cork
Henri Winkelman
Leopold III
Otto Ruge
1944–1945
Franklin D. Roosevelt
Dwight D. Eisenhower
Arthur Tedder
Bernard Montgomery
Omar Bradley
Jacob L. Devers
George Patton
Courtney Hodges
William Simpson
Alexander Patch
Miles Dempsey
Trafford Leigh-Mallory
Bertram Ramsay
Charles de Gaulle
Jean de Tassigny
Harry Crerar
1939–1940
Adolf Hitler
Walther von Brauchitsch
Gerd von Rundstedt
Heinz Guderian
Fedor von Bock
Wilhelm Ritter von Leeb
Nikolaus von Falkenhorst
H.R.H. Umberto di Savoia
1944–1945
Adolf Hitler
Heinrich Himmler
Hermann Goering
Gerd von Rundstedt
Gunther von Kluge
Walter Model
Albert Kesselring
Erwin Rommel
Johannes Blaskowitz
Hermann Balck
Paul Hausser
Friedrich Schulz
Kurt Student
Ernst Busch
Kekuatan

1939–1940

  • 2,862,000 anggota tentera

1944–1945

  • 5,412,219 anggota tentera

1939–1940

  • 3,350,000 anggota tentera

1944–1945

  • 1,500,000 anggota tentera
Kerugian dan korban

1940

  • 2,121,560–2,260,000 terkorban/tercedera

1944–1945

  • 783,860 terkorban/tercedera

Total:

  • 2,905,420–3,043,860 terkorban/tercedera

1940

  • 160,780–163,650 terkorban/tercedera

1941–1945

  • 836,606 terkorban/tercedera

Total:

  • 997,386–1,000,256 terkorban/tercedera

Barisan Barat atau Perbatasan Barat dalam Kancah Eropah Perang Dunia Kedua merangkumi negara-negara dan wilayah-wilayah Denmark, Norway, Luxembourg, Belgium, Netherlands, United Kingdom, Perancis, dan barat Jerman. Pertempuran-pertempuran Perang Dunia Kedua di Selatan Eropah dan tempat-tempat lain di Eropah biasanya dibincangkan di bawah topik-topik lain. Barisan Barat ditandai oleh dua fasa operasi tempur besar-besaran. Fasa pertama melihat penyerahan kalah Netherlands, Belgium dan Perancis dalam bulan-bulan Mei dan Jun 1940 berikutan kekalahan negara-negara ini di wilayah Negeri-Negeri Pamah dan wilayah di sebelah utara Perancis, dan bersambung dengan peperangan udara antara Jerman dan Britain yang berkemuncak dengan Pertempuran Britain. Fasa kedua pula melibatkan pertempuran darat secara skala besar dan pertempuran tersebut ataupun berkenaan bermula pada pertengahan bulan Jun pada tahun 1944M dengan pendaratan Bersekutu di Normandy selepas pendaratan pihak bersekutu berhasil terjadi lah sebuah pertempuran hebat dan pertempuran terbabit berterusan sehingga kekalahan Jerman dan peristiwa itu terjadi pada penghujung bulan Mei 1945.

Walaupun majoriti kematian tentera Jerman berlaku di Barisan Timur, kerugian Jerman di Barisan Barat hampir tidak boleh ditukar ganti, kerana kebanyakan sumber Jerman telah diperuntukkan ke Barisan Timur. Ini bermakna, namun kerugian hanya dapat diganti dalam skala kecil, sedikit penggantian atau tentera bantuan telah dihantar ke barat bagi menghentikan kemaraan Sekutu Barat. Pendaratan Normandy merupakan satu tamparan besar psikologi kepada tentera Jerman dan para pemimpinnya, yang takut dengan pengulangan perang dua barisan seperti dalam Perang Dunia I.