Penyerangan Pomerania Timur

Penyerangan Pomerania Timur
Operasi strategik penyerangan Pomerania Timur
Sebahagian daripada Perbatasan Timur Perang Dunia Kedua

Askar Soviet mengendalikan dua kenderaan (separa trek) senjata anti pesawat gerak sendiri M16 Multiple Gun Motor Carriage (MGMC) di Danzig, Mac 1945.
Tarikh24 Februari – 4 April 1945
Lokasi
Pomerania, Reichsgau Danzig-Prusia Barat dalam Jerman
Keputusan Kemenangan Soviet
Pihak yang terlibat
 Jerman Nazi  Kesatuan Soviet
Poland
Komandan dan pemimpin
Walter Weiss
Dietrich von Saucken
(Tentera Darat Ke-2)
Konstantin Rokossovsky
(Barisan Belarus Kedua)
Kekuatan
Tidak diketahui 996,100 askar
Kerugian dan korban
Tidak diketahui

234,360 orang

  • 55,315 terbunuh atau hilang
  • 179,045 cedera

Kelengkapan musnah atau ditawan

Operasi strategik penyerangan Pomerania Timur (Rusia: Восточно-Померанская наступательная операция) merupakan satu ofensif ketenteraan oleh Tentera Merah Soviet terhadap Wehrmacht Jerman di Perbatasan Timur. Ia berlangsung di Pomerania dan Prusia Barat dari 10 Februari hingga 4 April 1945.

Operasi ini berlaku dalam empat fasa:

  • Operasi penyerangan Konitz–Köslin (24 Februari – 6 Mac 1945)
    Operasi penyerangan Danzig (7–31 Mac 1945)
    Operasi penyerangan Arnswalde–Kolberg (1–18 Mac 1945)
    Operasi penyerangan Altdamm (18 Mac – 4 April 1945) (berhampiran Stettin)

Penyerangan Pomerania Timur inilah yang menghalang Georgy Zhukov daripada mara ke Berlin pada bulan Februari (objektif asal Penyerangan Vistula–Oder), kerana menjadi keutamaan untuk menyingkirkan tentera Jerman dari Pomerania terlebih dahulu.