Pemberontakan Prague

Pemberontakan Praha (Czech: Pražské povstání atau juga dikenali sebagai Pemberontakan Prague) merupakan cubaan Czech untuk membebaskan Praha dari pendudukan Jerman ketika Perang Dunia Kedua. Peristiwa ini bermula pada 5 Mei 1945, di saat-saat akhir perang di Eropah. Pemberontakan ini berterusan sehingga 8 Mei 1945, dengan genjatan senjata di antara Czech dan tentera Jerman, yang akhirnya memutuskan untuk meninggalkan Praha pada hari yang sama. Keesokan paginya, Tentera Merah memasuki bandar yang hampir dibebaskan.