Pertempuran Uman

Pertempuran Uman
Sebahagian daripada Operasi Barbarossa dan Perbatasan Timur dalam Perang Dunia Kedua

Kedudukan mesingan MG 34 di atas tripod di sebuah kampung berhampiran Uman.
Tarikh15 Julai–8 Ogos 1941
Lokasi
Uman, Ukraine
Keputusan Kemenangan Paksi
Pihak yang terlibat
 Jerman Nazi
Romania
Hungary
Slovakia
 Kesatuan Soviet
Komandan dan pemimpin
Gerd von Rundstedt
C.H. von Stülpnagel
Ewald von Kleist
Semyon Budyonny
Mikhail Kirponos
Ivan Tyulenev
Unit terlibat
Tentera Darat Ke-6
Tentera Darat Ke-17
Kumpulan Panzer Pertama
Tentera Darat Ke-6
Tentera Darat Ke-12
Tentera Darat Ke-26
Tentera Darat Ke-18
Kekuatan
400,000
600 kereta kebal
300,000
317 kereta kebal
Kerugian dan korban
Jumlah: 20,853
Terbunuh: 4,610
Cedera: 15,458
Ditawan atau hilang: 785
Jumlah: 203,000
Terbunuh atau cedera: 100,000
Ditawan: 103,000
Ditawan atau musnah: 317 kereta kebal

Pertempuran Uman (15 Julai – 8 Ogos 1941) ialah penyerangan Jerman semasa Perang Dunia Kedua di Uman, Ukraine terhadap Tentera Darat Ke-6 dan Tentera Darat Ke-12 Soviet. Dalam tempoh tiga minggu, Wehrmacht telah mengepung dan memusnahkan kedua-dua ketumbukan Soviet tersebut.

Pertempuran ini berlaku semasa operasi pertahanan Kiev antara elemen Tentera Merah di Barisan Barat Daya yang berundur dari kawasan sesusuh Lwow, dan Kumpulan Tentera Darat Selatan Jerman yang dipimpin oleh Fil Marsyal Gerd von Rundstedt, sebagai sebahagian daripada Operasi Barbarossa.

Angkatan Soviet berada di bawah pemerintahan keseluruhan Arahan Barat Daya, diketuai oleh Marsyal Semyon Budyonny, yang merangkumi Barisan Barat Daya yang diketuai oleh Kolonel Jeneral Mikhail Kirponos dan Barisan Selatan yang diketuai oleh Jeneral Ivan Tyulenev. Tentera Darat Ke-6 diketuai oleh Leftenan Jeneral I. N. Muzychenko dan Tentera Darat Ke-12 oleh Mejar Jeneral P. G. Ponedelin.