Operasi penyerangan Belgorod–Kharkov
| Operasi penyerangan Belgorod–Kharkov | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Perbatasan Timur dalam Perang Dunia Kedua | |||||||
Peta penyerangan | |||||||
| |||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||
| Jerman Nazi | Kesatuan Soviet | ||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||
| Erich von Manstein | Ivan Konev | ||||||
| Kekuatan | |||||||
|
200,000 orang 237 kereta kebal dan meriam serbuan pada permulaan |
1,144,000 orang 2,418 kereta kebal 13,633 meriam dan pelancar roket | ||||||
| Kerugian dan korban | |||||||
|
25,068–26,289 8,933–10,154 terbunuh atau hilang 16,135 cedera 240 kereta kebal musnah meriam tidak diketahui |
177,586–255,566 43,282–71,611 terbunuh atau hilang 183,955 cedera 1,864 kereta kebal musnah 423 meriam 153 pesawat | ||||||
Operasi penyerangan strategik Belgorod–Kharkov, atau ringkasnya operasi penyerangan Belgorod–Kharkov, ialah satu penyerangan strategik musim panas oleh pihak Soviet yang bertujuan membebaskan bandar Belgorod dan Kharkov, serta memusnahkan pasukan Tentera Darat Ke-4 Panzer dan Detasmen Ketumbukan Kempf dari Jerman Nazi. Operasi ini diberi nama kod Operasi Panglima Rumyantsev (Rusia: Полководец Румянцев), sempena Fil Marsyal abad ke-18, Peter Rumyantsev, dan dijalankan oleh Barisan Voronezh dan Barisan Steppe dalam sektor selatan Kawasan Sesusuh Kursk. Pihak Jerman menamakan pertempuran ini sebagai Pertempuran Kharkov Keempat (Jerman: Vierte Schlacht bei Charkow).
Penyerangan ini bermula pada awal pagi 3 Ogos 1943, sebagai lanjutan kepada kejayaan pihak Soviet dalam Pertempuran Kursk. Serangan ini disasarkan terhadap sayap utara Kumpulan Tentera Darat Selatan Jerman. Menjelang 23 Ogos, tentera Barisan Voronezh dan Steppe berjaya membebaskan Kharkov daripada pendudukan Jerman — kali terakhir bandar itu bertukar tangan dalam Perbatasan Timur. Kemenangan ini memaksa tentera Jerman berundur ke seberang Sungai Dnieper dan menyediakan medan untuk Pertempuran Kiev Kedua pada musim luruh tahun yang sama.