Pertempuran Kiev (1941)

Pertempuran Pertama Kiev
Sebahagian daripada Operasi Barbarossa di Barisan Timur dalam Perang Dunia II

Barisan Timur pada masa Pertempuran Kiev
Tarikh23 Ogos – 26 September 1941
Lokasi
Timur dan Selatan Kiev, RSS Ukraine, Soviet Union
Keputusan Kemenangan Jerman
Perubahan
wilayah
Jerman menawan Kiev
Pihak yang terlibat
 Jerman Nazi  Kesatuan Soviet
Komandan dan pemimpin
Fedor von Bock
Gerd von Rundstedt
Heinz Guderian
Semyon Budyonny (Digugurkan dari tugas pada 13 September.)
Semyon Timoshenko
Mikhail Kirponos 
Kekuatan
500,000 627,000
Kerugian dan korban

66,320 anggota

14,839 terbunuh
48,702 cedera
2,779 hilang
Jumlah: 700,544
Terbunuh, ditawan atau hilang: 616,304
Cedera: 84,240
Musnah: 411 kereta kebal dan SPG, 343 pesawat

Pertempuran Kiev Pertama adalah nama Jerman bagi operasi yang mengakibatkan tentera Soviet yang sangat besar terkepung di sekitar Kiev semasa Perang Dunia II. Pengepungan ini dianggap yang terbesar dalam sejarah peperangan (dari segi jumlah askar). Operasi ini berlangsung dari 7 Ogos hingga 26 September 1941 sebagai sebahagian daripada Operasi Barbarossa, iaitu pencerobohan tentera Paksi ke atas Soviet Union. Didalam sejarah ketenteraan Soviet, ia dirujuk sebagai Operasi Pertahanan Strategik Kiev, dengan tarikh yang agak berbeza pada 7 Julai – 26 September 1941.

Sebahagian besar Barisan Barat Daya Tentera Merah (Mikhail Kirponos) telah dikepung tetapi kumpulan-kumpulan kecil pasukan Tentera Merah berjaya melepaskan diri dari kelompok itu bersama-sama markas Marsyal Semyon Budyonny, Marsyal Semyon Timoshenko dan Komisar Nikita Khrushchev, beberapa hari selepas gerakan penutup Jerman bertemu di timur kota itu. Kirponos terperangkap dibelakang garisan Jerman dan terbunuh semasa cuba melolos keluar.

Pertempuran ini merupakan kekalahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini buat Tentera Merah, mengatasi Pertempuran Białystok–Minsk pada Jun–Julai 1941. Pengepungan ini memerangkap 452,700 askar, 2,642 meriam dan mortar serta 64 kereta kebal, dari jumlah ini hampir 15,000 melepaskan dari pengepungan itu pada 2 Oktober. Barisan Barat Daya mengalami 700,544 kasualti, termasuk 616,304 terbunuh, ditawan atau hilang semasa pertempuran itu. Tentera Darat Ke-5, Ke-37, Ke-26, Ke-21 dan Ke-38, mengandungi 43 divisyen, telah hampir dimusnahkan dan Tentera Darat Ke-40 mengalami banyak kerugian. Seperti Barisan Barat sebelum ini, Barisan Barat Daya perlu dicipta semula dari awal.