Pertahanan Kota Brest

Pertempuran Brest
Sebahagian daripada Perbatasan Timur Perang Dunia II

Perbatasan Timur pada masa Pertempuran Brest.
Tarikh22–29 Jun 1941
Lokasi
Keputusan Kemenangan Jerman
Pihak yang terlibat
 Jerman Nazi  Kesatuan Soviet
Komandan dan pemimpin
Fritz Schlieper Pyotr Gavrilov #
Ivan Zubachyov #
Andrey Kizhevatov 
Yefim Fomin 
Kekuatan
Kira-kira 17,000, 2 divisyen panzer Lebih 9,000, 2 kereta kebal T-26 Infantri, BA-20 Bobik
Kerugian dan korban
429 maut, 668 cedera Lebih kurang 2,000 maut
kira-kira 6,800 ditawan

Pertahanan Kota Brest merupakan pertempuran pertama dalam Operasi Barbarossa, iaitu pencerobohan Kuasa Paksi terhadap Kesatuan Soviet yang dilancarkan pada 22 Jun 1941. Tentera Darat Jerman menyerang tanpa amaran, dan menjangkakan dapat menawan Brest pada hari pertama hanya dengan menggunakan infantri dan artileri. Namun begitu, mereka hanya berjaya menawan kubu itu selepas seminggu, dan selepas dua kali pengeboman oleh Luftwaffe. Ramai anggota pertahanan telah terbunuh atau ditawan.