Pertempuran Caucasus

Pertempuran Caucasus
Sebahagian daripada Perbatasan Timur Perang Dunia II

Kereta kebal Jerman dalam formasi di lembah Caucasus bersama askar infantri di bahagian hadapan, September 1942
Tarikh25 Julai 1942 – 12 Mei 1944 (1942-07-25 – 1944-05-12)
Lokasi
Keputusan Kemenangan Soviet
Perubahan
wilayah
Pengunduran tentera Paksi ke Pangkalan terdepan Kuban pada 1943
Tentera Paksi diusir sepenuhnya pada 1944
Pihak yang terlibat
Jerman
Romania
Slovakia
Chechnya-Ingushetia
 Kesatuan Soviet
Komandan dan pemimpin
Wilhelm List
Ewald von Kleist
Eberhard von Mackensen
Richard Ruoff
Petre Dumitrescu
Hasan Israilov 
Mairbek Sheripov 
Semyon Budyonny
Ivan Tyulenev
Ivan Petrov
Ivan Maslennikov
Rodion Malinovsky
Filipp Oktyabrsky
Lev Vladimirsky
Kekuatan
Julai 1942:
170,000 askar
1,130 kereta kebal
4,500 meriam dan mortar
~1,000 pesawat
Januari 1943:
764,000 askar
700 kereta kebal
5,290 meriam dan mortar
530 pesawat
Julai 1942:
112,000 askar
121 kereta kebal
2,160 meriam dan mortar
230 pesawat
Januari 1943:
1,000,000+askar
~1,300 kereta kebal
11,300+ meriam dan mortar
900 pesawat
Kerugian dan korban
281,000 kasualti 344,000 kasualti

Pertempuran Caucasus merupakan satu siri operasi oleh Kuasa Paksi dan Kesatuan Soviet di wilayah Caucasus sebagai sebahagian daripada Perbatasan Timur dalam Perang Dunia Kedua. Pada 25 Julai 1942, tentera Jerman menawan Rostov-on-Don, sekali gus membuka laluan ke wilayah Caucasus di selatan Kesatuan Soviet dan mengancam telaga minyak di Maykop, Grozny, dan akhirnya Baku. Dua hari sebelum itu, Adolf Hitler telah mengeluarkan arahan untuk melancarkan satu operasi ke dalam wilayah Caucasus yang dinamakan Operasi Edelweiss. Unit-unit Jerman mencapai kemaraan paling jauh mereka di Caucasus pada awal November 1942, sejauh bandar Alagir dan bandaraya Ordzhonikidze, kira-kira 610 km dari kedudukan permulaan mereka. Tentera Paksi akhirnya terpaksa berundur dari kawasan tersebut pada musim sejuk berikutnya apabila Operasi Zuhal Kecil mengancam untuk memutuskan laluan bekalan mereka.