Operasi München

Operasi München
Sebahagian daripada Operasi Barbarossa
di Perbatasan Timur Perang Dunia Kedua

Askar berkuda Romania mengiringi tawanan Soviet
Tarikh2–26 Julai 1941
Lokasi
Bessarabia, Bukovina Utara, Wilayah Hertsa
Keputusan Kemenangan Pihak Paksi
Pihak yang terlibat
Kesatuan Soviet  Romania
Jerman Nazi
Komandan dan pemimpin
Ivan Tyulenev
Yakov Cherevichenko
Andrey Smirnov
Filipp Oktyabrsky
Ion Antonescu
Petre Dumitrescu
Nicolae Ciupercă
Eugen von Schobert
Horia Macellariu
Unit terlibat
Wilayah Ketenteraan Odessa:
Tentera Darat Ke-9
Tentera Darat Ke-12
Tentera Darat Ke-18

Kumpulan Tentera Darat Antonescu:

Kekuatan
364,700 tentera
700 kereta kebal
1,750 pesawat
5 monitor sungai
22 bot meriam berperisai
325,685 tentera
201 kereta kebal
672 pesawat
1 monitor
6 monitor sungai
4+ bot bersenjata
5 divisyen, 420 pesawat
Kerugian dan korban
Jumlah: 17,893
8,519 terbunuh/hilang
9,374 cedera
255 pesawat musnah
2 monitor sungai rosak
7 bot meriam berperisai tenggelam
Jumlah: 21,738
4,112 terbunuh, 12,120 cedera, 5,506 hilang
58 pesawat musnah

Operasi München (Romania: Operațiunea München) ialah nama kod pihak Romania bagi satu penyerangan bersama Jerman dan Romania semasa Operasi Barbarossa — pencerobohan Jerman terhadap Kesatuan Soviet dalam Perang Dunia Kedua. Objektif utamanya ialah untuk menawan semula wilayah-wilayah Bessarabia, Bukovina Utara, dan wilayah Hertsa, yang telah diserahkan oleh Romania kepada Kesatuan Soviet setahun sebelumnya (Pendudukan Soviet ke atas Bessarabia dan Bukovina Utara).Operasi bermula pada malam 2–3 Julai 1941 dan berjaya diselesaikan selepas 24 hari pertempuran. Formasi Paksi yang terlibat termasuk Tentera Darat Ketiga Romania (di bawah perintah Petre Dumitrescu) di utara, Tentera Darat Ke-11 Jerman dan unit-unit Romania bawahan (diketuai oleh Eugen Ritter von Schobert) di tengah, Tentera Darat Keempat Romania (diketuai oleh Nicolae Ciupercă) di selatan.Serangan ini diikuti dengan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Yahudi di Bessarabia.

Penyerangan bermula pada 2 Julai, dengan tentera Romania menyerang di utara. Pada 5 Julai, Cernăuți, ibu kota Bukovina Utara, telah ditawan oleh Batalion Ke-3 dan Ke-23 Vânători de Munte. Pada 16 Julai, ibu kota Bessarabia, Chișinău, berjaya ditawan oleh pasukan Romania selepas pertempuran sengit, yang diketuai oleh Divisyen 1 Armor Romania (Divizia 1 Blindată), dilengkapi dengan 126 kereta kebal ringan R-2. Menjelang 26 Julai, seluruh wilayah tersebut telah berada di bawah kawalan Jerman-Romania. Pada 17 Ogos, wilayah Bessarabia dan Bukovina Utara secara rasmi dimasukkan semula ke dalam negara Romania.