Pertempuran Smolensk (1941)

Pertempuran Smolensk (1941)
Pertempuran Smolensk Pertama
Sebahagian daripada Barisan Timur Perang Dunia II

Gerakan Jerman dan Soviet berhampiran Smolensk, 10 Julai – 4 Ogos
Tarikh8 Julai – 31 Julai 1941
(pensejarahan Jerman)
10 Julai – 10 September 1941
(pensejarahan Soviet)
Lokasi
Smolensk (RSPS Rusia) dan sekitarnya, Soviet Union
54°46′58″N 32°02′43″E / 54.78278°N 32.04528°E / 54.78278; 32.04528
Keputusan Kemenangan Jerman
Pihak yang terlibat
 Jerman Nazi  Kesatuan Soviet
Komandan dan pemimpin
Fedor von Bock
Maximilian von Weichs
Hermann Hoth
Heinz Guderian
Semyon Timoshenko
Fyodor Kuznetsov
Andrei Yeremenko
Ivan Gorbachyov 
Kekuatan
430,000 askar
1,000–1,780 kereta kebal
1,500 pesawat
10 Julai:
581,600 askar
1,545 kereta kebal
Kerugian dan korban

135,659 askar (21 Julai – 10 September)

29,650 terkorban
100,327 cedera
5,682 hilang
214 kereta kebal musnah

759,947 askar

186,144 terkorban
273,803 cedera
300,000 ditawan
1,348–3,273 kereta kebal dan SPG musnah
903 pesawat musnah

Pertempuran Smolensk Pertama (Jerman: Kesselschlacht bei Smolensk ("Perang kepungan) Smolensk)"; Rusia: Смоленская стратегическая оборонительная операция, Smolenskaya strategicheskaya oboronitelnaya operatsiya, "Operasi pertahanan strategik Smolensk") adalah pertempuran fasa kedua Operasi Barbarossa, iaitu pencerobohan tentera Paksi ke atas Soviet Union, dalam Perang Dunia II. Ia telah berlangsung di kota Smolensk antara 10 Julai dan 10 September 1941, kira-kira 400 km (250 bt) dari barat Moscow. Pihak Wehrmacht telah mara 500 km (310 bt) kedalam KRSS dalam masa 18 hari selepas pencerobohan 22 Jun 1941. Semasa pertempuran itu Tentera Darat Jerman berdepan dengan tentangan yang tidak dijangka, menyebabkan kemaraan ke arah Moscow menjadi lewat dua bulan.

Tiga ketumbukan Soviet (iaitu Tentera Darat Ke-16, Ke-19 dan Ke-20) telah terkepung dan musnah di selatan Smolensk, namun jumlah yang signifikan dari Tentera Darat Ke-19 dan Ke-20 berjaya melepaskan diri dari poket itu. Sesetengah ahli sejarah telah menegaskan bahawa kehilangan anggota dan materiel yang ditanggung oleh pihak Wehrmacht semasa pertempuran panjang ini dan kelewatan untuk mara ke Moscow membawa kepada kekalahan Wehrmacht oleh Tentera Merah dalam Pertempuran Moscow pada Disember 1941.