Pakatan Tiga Pihak
| Pakatan Tiga Pihak | |
|---|---|
| Jenis | Perikatan ketenteraan |
| Ditandatangani | 27 September 1940 di Berlin, Jerman |
| Pihak | Jerman Jepun Itali Hungary Romania Slovakia Bulgaria Yugoslavia Croatia |
| sunting | |
Pakatan Tiga Pihak, juga dikenali sebagai Pakatan Berlin, adalah satu perjanjian antara Jerman, Jepun dan Itali yang ditandatangani di Berlin pada 27 September 1940 oleh, Joachim von Ribbentrop, Saburō Kurusu dan Galeazzo Ciano. Ia merupakan satu perikatan pertahanan yang akhirnya disertai oleh Hungary (20 November 1940), Romania (23 November 1940), Bulgaria (1 Mac 1941) dan Yugoslavia (25 Mac 1941), serta oleh negara klien Jerman Slovakia (24 November 1940). Penyertaan Yugoslavia menimbulkan kudeta di Belgrade, dan Itali dan Jerman bertindakbalas dengan menceroboh Yugoslavia (dengan bantuan Bulgaria, Hungary dan Romania) dan membahagikan negara tersebut. Hasilnya negara klien Itali-Jerman Croatia menyertai pakatan ini pada 15 Jun 1941.
Pakatan Tiga Pihak disasarkan sepenuhnya ke atas Amerika Syarikat. Kesan praktikalnya terhad, kerana kancah operasi Itali-Jerman dan Jepun berada di berlainan benua dunia dan Kuasa-Kuasa Berjanji Utama mempunyai kepentingan strategik yang berlainan. Sesetengan kerjasama teknikal telah dijalankan, dan pengisytiharan perang Jepun ke atas Amerika menyebabkan, walaupun tidak perlu, pengisytiharan perang yang sama daripada semua anggota lain Pakatan Tiga Pihak.