Operasi Marikh
| Operasi Marikh | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Perbatasan Timur Perang Dunia II | |||||||
| |||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||
| Kesatuan Soviet | Jerman Nazi | ||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||
|
Georgy Zhukov Ivan Konev Maksim Purkayev |
Walter Model Günther von Kluge | ||||||
| Kekuatan | |||||||
|
702,923 anggota, 1,718 kereta kebal |
3 kor bergabung (bersama 13 divisyen infantri dan 2 divisyen para) 2 kor panzer (5 divisyen panzer, 3 Divisyen motorise) 1,615 kereta kebal Jumlah pasukan: ~350,000 askar | ||||||
| Kerugian dan korban | |||||||
|
Krivosheev: 70,373 korban 145,301 cedera atau sakit Glantz: 100,000 terkorban 235,000 cedera 1,600 kereta kebal |
Grossmann: 40,000 kasualti perang Buttar: 40,000–45,000 jumlah keseluruhan | ||||||
Operasi Marikh (Bahasa Rusia: Операция «Марс»), juga dikenali sebagai Operasi Penyerangan Rzhev–Sychevka Kedua (Bahasa Rusia: Вторая Ржевско-Сычёвская наступательная операция), ialah nama kod bagi serangan yang dilancarkan oleh tentera Soviet terhadap tentera Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Ia berlangsung dari 25 November hingga 20 Disember 1942, di sekitar kawasan sesusuh Rzhev berhampiran Moscow.
Penyerangan ini merupakan operasi bersama oleh Barisan Barat Soviet dan Barisan Kalinin, yang diselaraskan oleh Georgy Zhukov. Operasi ini adalah sebahagian daripada siri pertempuran berdarah yang dikenali dalam sejarah Soviet dan Rusia sebagai Pertempuran Rzhev, yang berlaku berhampiran Rzhev, Sychevka, dan Vyazma dari Januari 1942 hingga Mac 1943. Pertempuran-pertempuran ini dikenali sebagai "pengisar daging Rzhev" ("Ржевская мясорубка") kerana jumlah korban yang amat besar, terutamanya di pihak Soviet. Selama bertahun-tahun, pertempuran ini hanya disebut secara ringkas dalam sejarah ketenteraan Soviet Union, meskipun skalanya sangat besar dan berimpak tinggi.