Pertempuran Lyuban
| Pertempuran Lyuban | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Perbatasan Timur dalam Perang Dunia Kedua | |||||||
Pertempuran Volkhov, 10 Januari – 28 Jun 1942 | |||||||
| |||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||
| Jerman Nazi | Kesatuan Soviet | ||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||
| Georg von Küchler |
Kirill Meretskov Mikhail Khozin Andrey Vlasov # Leonid Govorov | ||||||
| Unit terlibat | |||||||
| |||||||
| Kekuatan | |||||||
| Sekitar 200,000 orang |
7 Januari: Barisan Volkhov: 327,700 askar | ||||||
| Kerugian dan korban | |||||||
|
56,768 askar
|
308,367 askar
| ||||||
Pertempuran Lyuban, juga dikenali sebagai Operasi Penyerangan Lyuban atau Pertempuran Volkhov (7 Januari 1942 – 30 April 1942) (Bahasa Rusia: Любанская наступательная операция; Bahasa Jerman: Schlacht am Wolchow) ialah satu operasi penyerangan oleh Kesatuan Soviet semasa Perang Dunia Kedua. Ia dijalankan oleh Barisan Volkhov dan Barisan Leningrad dari Tentera Merah dengan tujuan untuk membebaskan Pengepungan Leningrad serta mengepung dan memusnahkan tentera Jerman yang menjalankan kepungan tersebut.
Serangan ini tidak melibatkan penggunaan kereta kebal kerana keadaan muka bumi, dan bergantung sepenuhnya kepada infantri dan artileri. Pasukan Soviet yang menyerang berdepan dengan tembakan sengit dari kedudukan pertahanan Jerman, dan Tentera Merah kekurangan sokongan artileri yang mencukupi untuk memecahkan garisan Jerman. Serangan tersebut terhenti dan Soviet beralih ke pertahanan. Fil Marsyal Georg von Küchler melancarkan serangan balas dalam operasi yang dinamakan “Binatang Buas” (Operation Raubtier), menyebabkan Tentera Darat Ke-2 Gempur Soviet terputus dan dikepung. Ketumbukan itu dimusnahkan pada Jun 1942 dan panglimanya, Andrey Vlasov, ditawan. Vlasov kemudiannya menjadi tokoh utama dalam organisasi kolaborasi Jawatan Kuasa Pembebasan Rakyat Rusia dan Tentera Pembebasan Rusia.