Penyerangan Leningrad–Novgorod
| Penyerangan Leningrad–Novgorod | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Perbatasan Timur dalam Perang Dunia Kedua | |||||||||
Penembak mesingan Soviet berhampiran stesen kereta api Detskoye Selo di Pushkin, 21 Januari | |||||||||
| |||||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||||
| Jerman | Kesatuan Soviet | ||||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||||
|
Georg von Küchler (Sehingga 1 Februari) Walter Model (Mulai 1 Februari) |
Leonid Govorov Vladimir Tributs Kirill Meretskov Markian Popov | ||||||||
| Unit terlibat | |||||||||
|
Kumpulan Tentera Darat Utara: 44 divisyen infantri |
Barisan Leningrad Barisan Volkhov Barisan Ke-2 Baltik Armada Baltik: 57 divisyen | ||||||||
| Kekuatan | |||||||||
|
500,000 anggota 2,389 laras artileri 146 kereta kebal 140 pesawat |
822,000 anggota 4,600 laras artileri 550 kereta kebal 653 pesawat | ||||||||
| Kerugian dan korban | |||||||||
|
24,739 terbunuh dan hilang 46,912 cedera Jumlah: 71,651 korban (berdasarkan laporan perubatan tentera Jerman) |
76,686 terbunuh dan hilang, 237,267 cedera Jumlah: 313,953 korban | ||||||||
Penyerangan strategik Leningrad–Novgorod ialah satu penyerangan strategik semasa Perang Dunia Kedua. Ia dilancarkan oleh Tentera Merah pada 14 Januari 1944 dengan serangan ke atas Kumpulan Tentera Darat Utara Jerman oleh Barisan Volkhov dan Barisan Leningrad Soviet, bersama sebahagian Barisan Ke-2 Baltik, dengan matlamat untuk menamatkan sepenuhnya pengepungan Leningrad. Kira-kira dua minggu kemudian, Tentera Merah berjaya menguasai semula perkhidmatan kereta api Moscow–Leningrad, dan pada 26 Januari 1944, Joseph Stalin mengisytiharkan bahawa pengepungan Leningrad telah ditamatkan, dan tentera Jerman telah diusir keluar dari Wilayah Leningrad. Penamatan sekatan selama 900 hari ini diraikan di Leningrad pada hari tersebut dengan tembakan meriam penghormatan sebanyak 324 das. Penyerangan strategik ini berakhir sebulan kemudian pada 1 Mac, apabila Stavka mengarahkan tentera Barisan Leningrad untuk melancarkan operasi susulan merentasi Sungai Narva, manakala Barisan Ke-2 Baltik ditugaskan mempertahankan wilayah yang diperoleh semasa mengejar Kor XVI Jerman.
Pihak Jerman mengalami hampir 72,000 korban, kehilangan 85 laras artileri dengan kaliber antara 15 sm hingga 40 sm, dan telah ditolak balik sejauh antara 60 hingga 100 kilometer dari Leningrad ke Sungai Luga.