Pertempuran Semenanjung Kerch

Pertempuran Semenanjung Kerch
Sebahagian daripada Kempen Crimea di Perbatasan Timur semasa Perang Dunia II

Bom Jerman digugurkan atas Semenanjung Kerch, Mei 1942
Tarikh26 Disember 1941 – 19 Mei 1942
(4 bulan, 3 minggu dan 2 hari)
Lokasi
Keputusan Kemenangan Paksi
Pihak yang terlibat
 Jerman Nazi
Romania
 Kesatuan Soviet
Komandan dan pemimpin
Erich von Manstein
W. F. von Richthofen
Dimitri Kozlov
Lev Mekhlis
Simon Zakyan 
Filipp Oktyabrsky
Unit terlibat
Tentera Darat Ke-11
Kor Ke-8 Udara

Barisan Caucasus
Barisan Crimea

  • Tentera Darat Ke-44
  • Tentera Darat Ke-47
  • Tentera Darat Ke-51
  • Divisyen Ke-390 Raifal
Tentera Darat Pesisir Berasingan
Tentera Udara Barisan Crimea
Armada Laut Hitam
Kekuatan
8 Mei 1942:

XXX. Armeekorps - 75000 askar
200 kereta kebal
57 meriam serbuan
800+ pesawat

askar tidak diketahui
8 Mei 1942:
249,800 askar
238 kereta kebal
404 pesawat (Tentera Udara Barisan Crimea)
Kerugian dan korban

38,362

Pecahan
  • kerugian Kerch:

    21 Disember – 31 Disember:
    6,654 askar

    1,108 terkorban
    5,287 cedera
    259 hilang

    Januari 1942 – April 1942:
    24,120 askar


    8 Mei 1942 – 19 Mei 1942:
    7,588 men

    1,703 terkorban atau ditawan
    5,885 cedera

    8–12 kereta kebal musnah
    3 meriam serbuan musnah
    9 laras artileri musnah
    37 pesawat musnah

570,601

Pecahan
  • kerugian Kerch:

    26 Disember – 2 Januari:
    41,935 men

    32,453 terkorban atau ditawan
    9,482 cedera atau sakit

    1 Januari 1942 – 30 April 1942:
    352,000 askar


    8 Mei 1942 – 19 Mei 1942:
    176,566 askar

    162,282 terkorban atau ditawan
    14,284 cedera atau sakit

    258 kereta kebal musnah
    1,133 meriam rosak
    417 pesawat musnah (315 daripada Tentera Udara Barisan Crimea)

Pertempuran di Semenanjung Kerch, yang bermula dengan Operasi Pendaratan Kerch-Feodosia Soviet (Rusia: Керченско-Феодосийская десантная операция, rumi: Kerchensko-Feodosiyskaya desantnaya operatsiya) dan berakhir dengan Operasi Pemburuan Bustard Jerman (Jerman: Unternehmen Trappenjagd), merupakan satu pertempuran dalam Perang Dunia Kedua antara Tentera Darat Ke-11 Jerman dan tentera Romania dibawah Erich von Manstein dengan tentera Barisan Crimea Soviet di Semenanjung Kerch, iaitu di bahagian timur Semenanjung Crimea. Pertempuran ini bermula pada 26 Disember 1941, dengan operasi pendaratan amfibia oleh dua ketumbukan Soviet yang bertujuan untuk memecahkan Pengepungan Sevastopol. Pasukan Paksi berjaya mengekang kawasan pendaratan Soviet sepanjang musim sejuk dan memutuskan talian bekalan laut mereka melalui serangan udara. Dari Januari hingga April, Barisan Crimea melancarkan beberapa serangan terhadap Tentera Darat Ke-11, namun kesemuanya gagal dengan kehilangan yang besar. Tentera Merah kehilangan seramai 352,000 orang dalam serangan-serangan tersebut, manakala pihak Paksi mencatat 24,120 korban. Kuasa tembakan artileri Jerman yang unggul merupakan punca utama kepada kegagalan Soviet.

Pada 8 Mei 1942, pihak Paksi melancarkan penyerangan balas utama yang dinamakan Trappenjagd (Pemburuan Bustard) dan ia berakhir sekitar 19 Mei 1942 dengan kekalahan pasukan pertahanan Soviet. Manstein menggunakan pemusatan kuasa udara yang besar, divisyen infantri yang bersenjata berat, pengeboman artileri yang menyeluruh, dan serangan amfibia untuk menembusi bahagian selatan garisan pertahanan Soviet dalam masa 210 minit. Kemudian, beliau mengarahkan Divisyen Ke-22 Panzer mara ke utara untuk mengepung Tentera Darat Ke-51 Soviet pada 10 Mei dan memusnahkannya pada 11 Mei. Saki baki Tentera Darat Ke-44 dan Ke-47 dikejar ke Kerch, di mana kelompok-kelompok terakhir tentangan Soviet dihancurkan menjelang 19 Mei. Unsur penentu dalam kemenangan Jerman ialah kempen serangan udara oleh Kor Ke-8 Udara (VIII. Fliegerkorps) pimpinan Wolfram von Richthofen yang memiliki 800 buah pesawat, dan melaksanakan purata 1,500 penerbangan (sortie) sehari untuk menyokong Trappenjagd. Mereka menyasarkan kedudukan tempur Soviet, unit armor, kolum tentera, kapal pemindahan mangsa, lapangan terbang, dan talian bekalan. Pesawat pengebom Jerman menggunakan sehingga 6,000 kanister bom kluster SD-2 untuk membunuh secara beramai-ramai askar Soviet yang melarikan diri.

Tentera Darat Ke-11 pimpinan Manstein yang kekurangan bilangan askar mengalami 7,588 korban, manakala Barisan Crimea kehilangan 176,566 orang, 258 kereta kebal, 1,133 meriam, dan 315 pesawat dalam tiga ketumbukan yang terdiri daripada 21 divisyen. Jumlah keseluruhan korban Soviet sepanjang pertempuran lima bulan ini mencecah 570,000 orang, manakala pihak Paksi mencatat 38,000 korban. Trappenjagd merupakan salah satu pertempuran yang mendahului penyerangan musim panas Jerman (Case Blue). Kejayaan kempen ini membolehkan pihak Paksi menumpukan kekuatan mereka ke arah Sevastopol, yang ditawan dalam masa enam minggu. Semenanjung Kerch kemudian digunakan sebagai tapak pelancaran oleh tentera Jerman untuk menyeberangi Selat Kerch pada 2 September 1942 semasa Operasi Blücher II, sebahagian daripada kemaraan Jerman untuk menawan telaga minyak Caucasus.