Penyerangan Belgrade

Penyerangan Belgrade
Sebahagian daripada Barisan Yugoslavia dan Barisan Timur dalam Perang Dunia II

Kereta kebal T-34/85 Soviet yang musnah di Belgrade (Istana Albanija di latar belakang)
Tarikh15 September 1944 – 24 November 1944
Lokasi
Keputusan Kemenangan Bersekutu
Pihak yang terlibat
Pihak Bersekutu
 Kesatuan Soviet
Partisan Yugoslavia
Bulgaria

Kuasa Paksi
 Jerman Nazi

Komandan dan pemimpin
Fyodor Tolbukhin
Nikolai Gagen
Vladimir Zhdanov
Peko Dapčević
Danilo Lekić
Vladimir Stoychev
Kiril Stanchev
Asen Sirakov
Maximilian von Weichs
Wilhelm Schneckenburger 
Hans Felber
Alexander Löhr
Unit terlibat
Barisan Ke-3 Ukraine
Kor 1
Kor-12
Tentera Darat 1
Tentera Darat Ke-2
Tentera Darat Ke-4
Kumpulan Tentera Darat F
Tentera Darat Ke-2 Panzer
Pengawal Kebangsaan Serbia
Kekuatan
580,000 askar
3,640 pucuk artileri
520 kereta kebal dan meriam serbuan
1,420 pesawat
80 kapal
150,000 askar
(kebanyakan askar infantri berkelas rendah & askar sokongan bukan-Jerman)
2,100 pucuk artileri
125 kereta kebal dan meriam serbuan
350 pesawat
70 kapal
Kerugian dan korban

Pihak Soviet:
4,350 terkorban atau missing
14,488 cedera atau sakit
18,838 keseluruhan
Tentera Darat Bulgaria:
Lebih 3,000 terkorban

Partisan Yugoslavia:
2,953 terbunuh
(serangan atas Belgrade sahaja)
45,000

Penyerangan Belgrade atau operasi ofensif strategik Belgrade (Serbia: Београдска операција / Beogradska operacija; Rusia: Белградская стратегическая наступательная операция, Belgradskaya strategicheskaya nastupatel'naya operatsiya) (15 September 1944 – 24 November 1944) adalah operasi ketenteraan semasa Perang Dunia II di Yugoslavia dimana Belgrade telah dibebaskan dari Wehrmacht Jerman melalui usaha sama Tentera Merah Soviet, Partisan Yugoslavia, dan Tentera Bulgaria. Bala tentera Soviet dan militia tempatan melancarkan operasi bersepadu yang berasingan tetapi tidak teratur terhadap Jerman di Belgrade dan berjaya mengundurkan mereka. Perancangan militari dikoordinasikan sama rata diantara pemimpin tentera, dan operasi ini sebahagian besarnya dihidupkan melalui kerjasama taktikal antara Josip Broz Tito dan Joseph Stalin yang bermula pada September 1944. Persediaan militari ini membolehkan tentera Bulgaria terlibat dalam operasi diseluruh wilayah Yugoslavia, yang mana meneruskan kejayaan taktikal sambil meningkatkan perselisihan diplomatik.

Objectif utama serangan Belgrade ialah membebaskan pendudukan Jerman ke atas Serbia, menawan Belgrade sebagai satu kubu strategik di rantau Balkan, dan memutuskan talian komunikasi Jerman antara Greece dan Hungary. Penyerangan ini telah dipimpin oleh Barisan Ke-3 Ukraine Soviet dengan kerjasama Kor Pertama Yugoslavia. Operasi serentak di bahagian selatan melibatkan Tentera Darat Ke-2 Bulgaria dan Kor XIII Yugoslavia, dan pencerobohan Barisan Ke-2 Ukraine ke arah utara dari sempadan Yugoslav-Bulgaria memberi tekanan tambahan terhadap tentera Jerman. Terdapat beberapa pertembungan antara tentera Bulgaria dan rejimen anti-partisan Jerman di Macedonia yang mewakili kempen operasi tempur paling selatan.