Operasi Bagration

Operasi Penyerangan Strategik Belorussia
Sebahagian daripada Barisan Timur Perang Dunia II

Proses pergerakan tentera semasa Operasi Bagration
Tarikh22 Jun – 19 Ogos 1944
Lokasi
Soviet Union (kini Belarus, Negara-negara Baltik), Ukraine, dan timur Poland
Keputusan

Kemenangan Muktamad Soviet

  • Kumpulan Tentera Darat Tengah tidak lagi wujud sebagai angkatan perang
Perubahan
wilayah
Pihak Soviet membebaskan seluruh RSS Belarusia dan bertapak di timur Poland; meletakkan diri mereka dalam jarak berdekatan Berlin.
Pihak yang terlibat
 Jerman Nazi  Kesatuan Soviet
Poland
Komandan dan pemimpin
Ernst Busch (hingga 28 Jun)
Walter Model (Kumpulan Tentera Darat Tengah)
Hans Jordan (Tentera Darat Ke-9)
Georg-Hans Reinhardt (Tentera Darat Ke-3 Panzer)
Kurt von Tippelskirch (Tentera Darat Ke-4)
Walter Weiss (Tentera Darat Ke-2)
Georgy Zhukov
Aleksandr Vasilevsky
Ivan Bagramyan (Barisan Pertama Baltik)
Ivan Chernyakhovsky (Barisan Ke-3 Belorussia)
Konstantin Rokossovsky (Barisan Pertama Belorussia)
Georgiy Zakharov (Barisan Ke-2 Belorussia)
Hazi Aslanov (Barisan Ke-3 Belorussia)
Kekuatan
Permulaan: 486,493 "kekuatan garisan depan"
400,000 anggota bantuan dan bukan tempur
118 kereta kebal
377 meriam serangan
2,589 meriam
602 kapal terbang
Jumlah:
1,036,760 anggota
800 kereta kebal, 530 meram serangan
10,090 meriam
1,000 – 1,300 kapal terbang
Jumlah:
Glantz and House:
1,670,300 anggota
5,818 kereta kebal
32,968 meriam dan mortar
7,790 kapal terbang
Frieser:
2,331,700 askar Soviet
(termasuk askar bantuan)
79,900 askar Poland
2,715 kereta kebal
1,355 meriam serangan
24,363 meriam
5,327 kapal terbang
Kerugian dan korban
c. 300,000–550,000
Glantz and House:
450,000 mangsa
Frieser:
26,397 terbunuh
109,776 cedera
262,929 hilang atau ditawan
keseluruhan 399,102
Zaloga:
300,000–350,000 terbunuh atau hilang (termasuk 150,000 ditawan)
Isayev:
500,000 mangsa
Sumber Soviet:
381,000 terbunuh
158,480 ditawan
c. 800,000
180,040 terbunuh dan hilang
590,848 cedera dan sakit
keseluruhan 770,888

2,957 kereta kebal dan meriam serangan
2,447 meriam
822 kapal terbang

Operasi Bagration (/bʌɡrʌtiˈɒn/; Rusia: Oперация Багратио́н, Operatsiya Bagration) adalah nama kod bagi Operasi Penyerangan Strategik Belorussia Soviet 1944 (Rusia: Белорусская наступательная операция «Багратион», Belorusskaya nastupatelnaya Operatsiya Bagration) semasa Perang Dunia II, yang menghalau tentera Jerman dari RSS Belarusia dan timur Poland antara 22 Jun dan 19 Ogos 1944. Operasi tersebut telah dinamakan sempena Putera Pyotr Bagration yang berketurunan Georgia dari abad ke-18 dan ke-19, merupakan jeneral Tentera Darat Imperial Rusia yang mendapat kecederaan maut dalam Pertempuran Borodino.

Operasi itu menghasilkan kemusnahan lengkap seluruh kumpulan tentera darat Jerman, seperti Tentera Darat Ke-4, Tentera Darat Ke-3 Panzer dan Tentera Darat Ke-9 Kumpulan Tentera Darat Tengah. Ia dianggap kekalahan yang paling membawa bencana kepada angkatan tentera Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Pada penghujung operasi sebahagian besar barat Kesatuan Soviet telahpun dibebaskan dan Tentera Merah telah bertapak di Romania dan Poland. Pihak Jerman kehilangan lebih setengah juta askar yang terbunuh atau cedera, lebih tinggi daripada jumlah di Verdun pada tahun 1916.

Ketumbukan darat Soviet yang terlibat langsung dalam Operasi Bagration ialah Barisan Pertama Baltik dibawah Jeneral Ketumbukan Ivan Bagramyan, Barisan Pertama Belorussia diperintah oleh Jeneral Ketumbukan Konstantin Rokossovsky, Barisan Ke-2 Belorussia diperintah oleh Kolonel Jeneral G. F. Zakharov, dan Barisan Ke-3 Belorussia diperintah oleh Kolonel Jeneral Ivan Chernyakhovsky.

Tentera Merah mengamalkan konsep operasi jauh mendalam dan maskirovka Soviet. Operasi Bagration mengalihkan pasukan simpanan mudah gerak Jerman ke sektor tengah, mengeluarkan mereka daripada kawasan Lublin-Brest, LvovSandomierz, mengizinkan pihak Soviet melaksanakan Penyerangan Lvov–Sandomierz dan Penyerangan Lublin–Brest. Ini membolehkan Tentera Merah menghampiri Sungai Vistula dan Warsaw, seterusnya meletakkan tentera Soviet dalam jarak berdekatan Berlin, menepati konsep operasi jauh mendalam Soviet — jauh kedalam pendalaman strategik musuh.