Pertempuran Kharkov Pertama
| Pertempuran Pertama Kharkov | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Perbatasan Timur dalam Perang Dunia Kedua | |||||||
Kereta perisai dan infantri Jerman bertempur dengan tentera Kesatuan Soviet di jalan-jalan Kharkov | |||||||
| |||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||
| Jerman Nazi | Kesatuan Soviet | ||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||
|
Erwin Vierow Anton Dostler | Viktor Tsyganov | ||||||
| Kekuatan | |||||||
|
Dua divisyen 1 batalion Sturmgeschütz 10,000–30,000 orang (anggaran) 12 StuG III | Satu divisyen | ||||||
| Kerugian dan korban | |||||||
| Tidak diketahui | 96,509 korban | ||||||
Pertempuran Kharkov Pertama ialah satu pertempuran yang berlaku dari 20 hingga 24 Oktober 1941 untuk menguasai bandar Kharkov, yang terletak di RSS Ukraine, semasa peringkat akhir Operasi Barbarossa. Pertempuran ini melibatkan Tentera Darat Ke-6 Jerman, sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat Selatan, menentang Barisan Barat Daya Soviet. Tentera Darat Ke-38 Soviet ditugaskan untuk mempertahankan bandar ini sementara kilang-kilangnya dibongkar dan dipindahkan ke lokasi lebih jauh ke timur.
Matlamat utama Tentera Darat Ke-6 Jerman ialah menawan Kharkov bagi menutup jurang yang semakin melebar antara mereka dengan Tentera Darat Ke-17 Jerman. Menjelang 20 Oktober, tentera Jerman telah mara ke pinggir barat bandar tersebut, dan pada 24 Oktober, Divisyen Ke-57 Infantri berjaya menguasai Kharkov. Namun pada ketika itu, sebahagian besar kemudahan perindustrian bandar tersebut telah dipindahkan atau dimusnahkan oleh pihak berkuasa Soviet bagi mengelakkan ia jatuh ke tangan musuh.