Pertempuran Madagaskar

Pertempuran Madagaskar
Sebahagian daripada Kancah Lautan Hindi Perang Dunia II

Meriam 25 pdr King's African Rifles' sedang beraksi berhampiran Ambositra di Madagaskar menentang kedudukan Vichy semasa Operasi Stream Line Jane, September 1942.
Tarikh5 Mei – 6 November 1942 (1942-05-05 – 1942-11-06)
Lokasi12°16′S 49°17′E / 12.267°S 49.283°E / -12.267; 49.283
Keputusan Kemenangan pihak Bersekutu
Perubahan
wilayah
Pentadbiran Perancis Bebas ditubuhkan di Madagaskar
Pihak yang terlibat

 United Kingdom

Tentera Laut sahaja:
 Australia
Belanda
Poland

Perancis Vichy

  • Madagascar

Tentera Laut sahaja:
 Jepun
Komandan dan pemimpin
Robert Sturges
Edward Syfret
Armand Annet
Noboru Ishizaki
Kekuatan
10,000–15,000 askar
6 kereta kebal infantri
6 kereta kebal ringan
2 kapal induk
1 kapal induk pesawat laut
2 kapal tempur
6 kruiser ringan
22 pembinasa
8 korvet
1 monitor
1 kapal pemasang ranjau
4 kapal penyapu ranjau
5 pengangkut serbuan
lebih 81 pesawat
Perancis Vichy:
8,000 askar
6 kereta kebal
35 pesawat
4 kapal perang
Tentera Laut Jepun
2 askar
4 kapal selam
2 kapal selam kerdil
1 pesawat peninjau
Kerugian dan korban

107 terbunuh
280 cedera
108 mati akibat penyakit
1 kapal tempur rosak teruk
1 kapal tangki tenggelam
8 kereta kebal musnah

Jumlah:
620
152 terbunuh
500 cedera
(tidak termasuk mana-mana kasualti yang disebabkan oleh penyakit)
1,000 ditawan
34 pesawat musnah
1 kapal selam kerdil musnah
1 kapal selam kerdil hilang di laut

Pertempuran Madagaskar (5 Mei – 6 November 1942) adalah kempen British untuk menakluki pulau Madagaskar kawalan Perancis Vichy semasa Perang Dunia II. Penawanan pulau tersebut oleh British adalah untuk menghalang pelabuhan Madagaskar dari Tentera Laut Imperial Jepun dan untuk mencegah kehilangan atau kelumpuhan laluan perkapalan Pihak Bersekutu ke India, Australia dan Asia Tenggara. Ia bermula dengan Operasi Ironclad, iaitu penawanan pelabuhan Diego-Suarez (kini Antsiranana) berhampiran hujung utara pulau itu, pada 5 Mei 1942.

Kempen seterusnya ialah menguasai keseluruhan pulau, Operasi Stream Line Jane, telah dilancarkan pada 10 September. Pihak Sekutu menggempur masuk kawasan pedalaman, bersatu dengan pasukan di pantai dan menawan pulau pada penghujung Oktober. Pertempuran berhenti dan peletakan senjata diluluskan pada 6 November. Ini adalah operasi besar-besaran yang pertama oleh gabungan tentera laut, darat dan udara pihak Sekutu. Pulau itu telah diletakkan dibawah kawalan Perancis Bebas.