Kesultanan Johor-Riau
| 1528–1830 | |||||||||||||||||||||||
Bendera (~1818–1830) | |||||||||||||||||||||||
Peta Kesultanan Johor Lama sebelum Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 | |||||||||||||||||||||||
| Status | Penerus Kesultanan Melaka dan sebuah empayar | ||||||||||||||||||||||
| Ibu negara |
| ||||||||||||||||||||||
| Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Melayu Klasik | ||||||||||||||||||||||
| Agama | Sunni Islam | ||||||||||||||||||||||
| Kerajaan | Sistem beraja | ||||||||||||||||||||||
| Sultan | |||||||||||||||||||||||
• 1528–1564 | Sultan Alauddin Riayat Shah II (Sultan pertama) | ||||||||||||||||||||||
• 1812–1830 | Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (Sultan terakhir) | ||||||||||||||||||||||
| Bendahara | |||||||||||||||||||||||
• 1513–1520 | Tun Khoja Ahmad (Bendahara pertama) | ||||||||||||||||||||||
• 1806–1830 | Tun Ali (Bendahara terakhir) | ||||||||||||||||||||||
| Sejarah | |||||||||||||||||||||||
• Diasaskan | 1528 | ||||||||||||||||||||||
• Takhta Kesultanan Johor Lama dan Kesultanan Pahang Tua disatukan | 1623 | ||||||||||||||||||||||
• Melaka ditakluk oleh Belanda | 1641 | ||||||||||||||||||||||
• Riau diduduki oleh Belanda | 1784–1795 | ||||||||||||||||||||||
• Singapura diduduki oleh British | 6 Februari 1819 | ||||||||||||||||||||||
| 17 Mac 1824 | |||||||||||||||||||||||
• Singapura diserahkan kepada British melalui Perjanjian 1824 | 2 Ogos 1824 | ||||||||||||||||||||||
• Dibubarkan melalui Perjanjian 1830 (Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dikuatkuasakan) | 29 Oktober 1830 | ||||||||||||||||||||||
| Mata wang | Jongkong timah, emas and syiling perak | ||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
| Sekarang sebahagian dari | Malaysia Singapura Indonesia | ||||||||||||||||||||||
Sebahagian daripada siri tentang |
|---|
| Sejarah Malaysia |
| Portal Malaysia |
Sebahagian daripada siri tentang |
|---|
| Sejarah Singapura |
| Portal Singapore |
Sebahagian daripada siri tentang |
|---|
| Sejarah Atjèh |
| Fail:Sejarah Atjèh.png |
| Portal Atjèh |
Kesultanan Johor Lama (Jawi: کسلطانن جوهر لاما), juga dikenali sebagai Kesultanan Johor-Pahang, Kesultanan Johor-Riau, Kesultanan Johor-Riau-Lingga-Pahang dan Empayar Johor, ialah sebuah kerajaan Melayu Islam yang diasaskan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II pada tahun 1528.
Sebelum tahun 1528, Johor ialah sebahagian daripada Kesultanan Melaka (1400-1511). Selepas Kota Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, Sultan Melaka terakhir, Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Pahang dan kemudian ke Bintan. Sultan Mahmud Shah berusaha untuk mendapatkan semula Melaka daripada Portugis tetapi gagal. Walaupun Kota Melaka telah ditawan oleh Portugis, baginda masih dianggap sebagai Sultan Melaka oleh wilayah-wilayah taklukan Kesultanan Melaka. Apabila Portugis menyerang Bintan pada tahun 1526, Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Kampar dan kemudian mangkat pada tahun 1528. Anakandanya, Sultan Alauddin Riayat Shah II kemudian berpindah ke Johor dan menubuhkan pusat pemerintahannya di sana lalu menjadi Sultan Johor pertama.
Pada zaman kegemilangan Kesultanan Johor Lama, kesultanan ini memerintah wilayah yang kini merupakan Johor, Pahang, Terengganu, dan wilayah yang terbentang dari Sungai Klang ke Sungai Linggi (kini merangkumi Selangor dan luak-luak di Negeri Sembilan), Tanjung Tuan (Melaka), Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Karimun, pulau-pulau di Bintan, Bulang, Lingga dan Bunguran, dan Bengkalis, Kampar dan Siak di Sumatera.
Kesultanan Johor Lama berakhir pada tahun 1830 apabila Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dikuatkuasakan di Alam Melayu melalui Perjanjian 29 Oktober 1830 antara Kesultanan Johor Lama dan Belanda di mana Kepulauan Riau dan Kepulauan Lingga kekal di bawah pemerintahan Sultan Johor ke-16, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah manakala negeri Johor dan negeri Pahang menjadi negeri merdeka yang bebas daripada pemerintahan baginda. Maka, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah secara rasmi menjadi Sultan Johor terakhir dan kemudian menjadi Sultan Riau-Lingga pertama pada tahun 1830. Kesultanan Riau-Lingga wujud sebagai kesinambungan Kesultanan Johor Lama tetapi berada di bawah naungan Belanda.