Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia

Pesawat 17 Penerbangan Malaysia
9M-MRD, kapal Boeing 777-200ER yang terlibat dalam kejatuhan, dilihat di Rome pada bulan Oktober 2011
Kejadian
Tarikh17 Julai 2014 (2014-07-17)
RingkasanDitembak dengan peluru berpandu permukaan-ke-udara Buk dari Rusia
Tapak kejadianDekat Hrabove, Wilayah Donetsk, Ukraine
48°7′56″N 38°39′19″E / 48.13222°N 38.65528°E / 48.13222; 38.65528
Pesawat
Jenis pesawatBoeing 777-200ER
PengendaliPenerbangan Malaysia
Kod pendaftaran9M-MRD
Asal penerbanganLapangan Terbang Schiphol
DestinasiLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Penumpang283
Anak kapal15
Kematian298 (semua)
Terselamat0

Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia (MH17/MAS17), juga dikenali sebagai Penerbangan 4103 KLM (KL4103/KLM4103) melalui perkongsian kod, adalah sebuah penerbangan penumpang antarabangsa yang dijadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat Boeing 777-200ER tersebut telah ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah pro-Rusia berdekatan Torez di wilayah yang ditakluk kumpulan pemisah, Donetsk, Ukraine, kira-kira 40 km (25 batu) dari sempadan dengan Rusia . Pesawat telah ditembak dengan peluru berpandu permukaan-ke-udara buatan Rusia, BUK 9M83, pada 17 Julai 2014. Semua 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam pesawat tersebut maut.

Menurut laporan awal oleh pihak berkuasa Ukraine, pesawat ini telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara jenis BUK oleh para pemisah pro-Rusia semasa berada pada ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).

Kejadian ini merupakan kejadian malang kedua bagi Penerbangan Malaysia, kira-kira empat bulan selepas peristiwa kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014. Ia juga merupakan peristiwa terbesar penerbangan ini setakat ini; dengan 280 penumpang terlibat, kejadian ini melibatkan lebih ramai penumpang berbanding peristiwa MH370 yang melibatkan 227 penumpang.