Parti Bersatu Sabah
Parti Bersatu Sabah ڤرتي برساتو سابه | |
|---|---|
Logo rasmi PBS sejak 1985 | |
| Nama Bahasa Inggeris | United Sabah Party |
| Nama Kadazan-Dusun | Pa'arti Mi'iso do Sabah |
| Singkatan | PBS |
| Pemimpin/ketua | Majlis Kepemimpinan Parti Bersatu Sabah (PBS) |
| Presiden | Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili |
| Pengerusi | Datuk Claudius Alex Sundang |
| Setiausaha agung | Datuk Julita Mojungki |
| Setiausaha | Datuk Joniston Bangkuai |
| Presidium | Barisan Majlis Presidium Cawangan-cawangan PBS Satu-Sabah (the GREAT SABAH Presidium Front) |
| Jawatankuasa tetap | Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan |
| Jurucakap | Datuk Joniston Bangkuai Datuk Jahid Jahim Datuk Lo Su Fui Datuk Joachim Gunsalam Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan |
| Timbalan Presiden | Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, Datuk Seri Panglima Dr Yee Moh Chai, Datuk Seri Panglima Jahid Jahim |
| Naib Presiden | Datuk Johnny Mositun, Datuk Hendrus Anding, Datuk Haji Ruslan Haji Muharam Mursid Mohd Rais, Datuk Arthur Sen Siong Choo, Datuk Dr Joseph Lee Han Khyun |
| Ketua Jentera parti | Datuk Joachim Gunsalam Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan Datuk Maximus Ongkili |
| Pengasas | Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan |
| Diasaskan | 5 Mac 1985 (penubuhan dan mesyuarat pertama) |
| Didaftarkan | 5 Mac 1985 (dirasmikan) |
| Disahkan | 6 Mac 1985 (pengesahan-diluluskan) |
| Penggabungan | Gabungan pemimpin 1985: Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan ("The Huguan Siou") Datuk Kadoh Agundong ("The Giant Killer") Datuk Maximus Ongkili ("The Magnificent Captain Winger") |
| Didahului oleh |
|
| Ibu pejabat | Penampang Kiulu Kota Kinabalu |
| Akhbar | Berita PBS Media Akhbar PBS |
| Badan pemikir | Organisasi Badan Intelektual PBS (BIPBS) |
| Sayap pelajar | Sayap Pelajar PBS |
| Sayap belia/pemuda | Pergerakan Belia PBS |
| Sayap wanita | Pergerakan Wanita PBS |
| Sayap pemuda | Pergerakan Pemuda PBS |
| Sayap jentera parti | Pergerakan Markas PBS Barisan Kubu PBS Perikatan Sabah Kinabalu (PERISAI) Sayap jentera PBS-GRS |
| Keanggotaan (2022) | 580,000 ▲ (Disember 2022) |
| Ideologi |
|
| Kedudukan politik | Kanan-tengah |
| Agama | Multireligious / Multiracial (perpaduan kepelbagaian bangsa dan agama) |
| Hubungan kebangsaan | Barisan Nasional (1985 - 1990, 2002 - 2018) Gagasan Rakyat (1991 - 1996) Gabungan Bersatu Sabah (2018 - 2020) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (kerjasama sejak 12 September 2020) Dan (ahli gabungan sejak 11 Mac 2022) |
| Hubungan serantau | The Borneo-Bloc |
| Hubungan benua | Asia |
| Hubungan antarabangsa | Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (sejak 1998) |
| Warna | Biru Terang dan Hijau |
| Slogan |
|
| Lagu | Bersatu Dalam PBS |
| Tapak sesawang | partibersatusabah.org |
| Parti Sang Giant Killer | |
| Dewan Negara Malaysia (Parlimen) | 0 / 70 |
| Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen) | 1 / 222 |
| Dewan Undangan Negeri Sabah | 7 / 79 |
| Simbol pilihan raya | |
| | |
| Bendera parti | |
| (Bendera rasmi sejak 5 Mac 1985) | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Parti Bersatu Sabah (bahasa Inggeris: United Sabah Party; singkatan: PBS) ialah sebuah parti politik tempatan pelbagai kaum di Sabah, Malaysia yang ditubuhkan oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pada tahun 1985 sebagai bukti kebangkitan rakyat Sabah pada era 80'an. Parti Bersatu Sabah juga merupakan parti paling bersejarah dengan merekodkan kemenangan lebih dari 5 kali menentang parti gergasi di Sabah dan lebih 10 kali menentang parti nasional sejak tahun 1985. Parti ini juga telah direkodkan sebagai parti pertama yang berjaya menyatukan semua golongan rakyat pada tahun 1985 sehingga membuahkan kemenangan menentang ketidak-adilan parti pemerintah.
Parti Bersatu Sabah (PBS) adalah parti tempatan Sabah yang paling bersejarah dan tertua di Sabah. Parti ini turut digelar sebagai Parti "Sang Giant Killer" selepas berjaya menumbangkan dua parti terbesar di Sabah ketika itu iaitu USNO dan BERJAYA Sabah. Parti Bersatu Sabah (PBS) merupakan komponen utama bagi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sejak tahun 2022.
Parti politik ini pernah menguasai Dewan Undangan Negeri untuk bahagian negeri Sabah pada tahun 1985 sehingga 1994 dengan menewaskan parti gergasi yang ada di Sabah. Parti ini juga menguasai 14 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1990.
Pada tahun 2020, Parti politik tempatan ini telah bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) iaitu sebuah gabungan parti-parti tempatan yang mempunyai visi, misi dan ideologi untuk melindungi hak-hak orang asal Sabah dan mengekalkan ketempatan di Sabah serta menyatupadukan rakyat-rakyat di Bawah Bayu. PBS dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memenangi 7 kerusi ADUN Sabah pada PRN Sabah 2020 (berlangsung pada 27 September 2020). Selepas sahaja Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya didaftarkan dan diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada Mac 2022, PBS telah menjadi komponen utama rasmi bagi Gabungan Rakyat Sabah.