Tulisan Jawi

Tulisan Jawi
توليسن جاوي
Jenis tulisan
Tempoh masa
sekitar tahun 1300 Masihi sehingga kini
Arah tulisanRight-to-left 
Bahasa-bahasautamanya:
Tulisan berkaitan
Sistem tulisan induk
Proto-Kanaan

Tulisan Jawi (توليسن جاوي, juga Jawoë di Aceh, Yawi di Pattani), Abjad Jawi, atau Arab Melayu (Sumatera, Kepulauan Riau, Kalimantan Barat dan Kalimantan Selatan; adakala disingkatkan kepada عرملArMel) atau Tulisan Melayu, bermaksud sistem abjad berasaskan tulisan Arab dengan beberapa huruf tambahan (yakni huruf Jawi) yang digunakan untuk menulis bunyi-bunyi asas dalam bahasa Melayu iaitu چca, ڠ‎‎ nga, ڤ‎pa, ݢ‎ga, ۏ‎va, danڽnya‎.

Tulisan Jawi merupakan satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Brunei, dan juga dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh abjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan dalam hal ehwal keagamaan dan kebudayaan. Penulisan Jawi seharian dipelihara di kawasan-kawasan yang diduduki masyarakat Melayu yang lebih konservatif, misalnya Sulu di Filipina, Pattani di Thailand, Kelantan di Malaysia dan beberapa kawasan petempatan Melayu di Indonesia.