Tanah Melayu British

Tanah Melayu British
British Malaya
1826–1957
Bendera Jata
Lagu kebangsaanGod Save the King / Queen
(1945–1946)
Ibu negaraKuala Lumpur
3°13′N 101°6′E / 3.217°N 101.100°E / 3.217; 101.100
DemonimOrang British, Orang Tanah Melayu
Keanggotaan
KerajaanAnti Kapitalis Barat
• 1826–1830
George IV
• 1830–1837
William IV
• 1837–1901
Victoria
• 1901–1910
Edward VII
• 1910–1936
George V
• 1936–1936
Edward VIII
• 1936–1941
George VI
• 1941–1945
Interregnum
• 1946–1952
George VI
• 1952–1957
Elizabeth II
Badan perundanganParlimen
Dewan Pertuanan
Dewan Rakyat
Empayar British
17 Mac 1824
27 November 1826
20 Januari 1874
8 Disember 1941
12 September 1945
1 April 1946
1 Februari 1948
18 Januari 1956
• Akta Persekutuan Tanah Melayu 1957
31 Julai 1957
31 Ogos 1957
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "image"

Tanah Melayu British secara kurang tepat diperihalkan sebagai sekumpulan negeri di Semenanjung Melayu yang dijajah oleh British dari abad ke-18 dan ke-19 sehingga abad ke-20. Baki negeri-negeri Melayu lain di bahagian utara Semenanjung Melayu dijajah oleh Burma dan Thailand. Sebelum pembentukan Kesatuan Tanah Melayu, tanah-tanah jajahan ini tidak diletakkan sebagai tadbiran tunggal yang disatukan. Sebaliknya, Tanah Melayu British terdiri daripada Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dan Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu. Tanah Melayu British juga merupakan salah satu negeri naungan British yang paling menguntungkan disebabkan ia merupakan pengeluar timah dan kemudiannya getah yang paling besar di dunia.

Pada 1 April 1946, British menubuhkan Kesatuan Tanah Melayu atau Malayan Union. Walau bagaimanapun, tanah jajahan British yang baharu ini mendapat tentangan daripada orang-orang Melayu kerana pemansuhan institusi diraja dan hak-hak orang Melayu sebagai peribumi menjadi sama-rata seperti kaum-kaum imigran dari benua kecil India British dan Republik China.

Kesatuan Tanah Melayu dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Nama Persekutuan Tanah Melayu dipilih bagi mengasingkan negara baharu tersebut daripada negeri-negeri Melayu lain yang berada di dalam jajahan Thailand dan wilayah Tanah Seri yang terlebih dahulu diberikan oleh British kepada Burma pada tanggal 4 Januari 1948 sempena kemerdekaan negara itu. Persekutuan ini mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Pada 16 September 1963, sebuah persekutuan yang lebih besar yang dikenali sebagai Malaysia dibentuk, bersama-sama dengan Borneo Utara, Sarawak dan Singapura.