Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum

ICERD
International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination
Ditandatanganidi New York
Berkuat kuasa
4 Januari 1969
Syarat27 pengesahan
Penandatangan88
Pihak179
Pemegang simpanan
Setiausaha Agung PBB
[1]
sunting

Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD, akronim bahasa Inggeris: International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination) ialah sebuah konvensyen (perjanjian) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sebagai sebuah hak asasi manusia generasi ketiga, Konvensyen tersebut meminta anggotanya untuk menghapuskan diskriminasi terhadap kaum dan menggalakkan kesefahaman di antara semua kaum. Namun, Konvensyen ini juga menghendaki ahli anggota untuk mengharamkan ucapan benci (hate speech) dan menjenayahkan penyertaan dalam organisasi perkauman. Malaysia menjadi salah satu negara tersisa bahkan satu-satunya dalam dunia islam yang sehingga kini belum meratifikasi Konvensyen ini.

Konvensyen ini juga mengandungi sebuah mekanisme aduan berindividu, menjadikannya dapat dikuatkuasakan terhadap anggotanya dengan berkesan. Ini telah menyebabkan pembangunan perundangan terhad terhadap tafsiran dan pelaksanaan Konvensyen ini.

Konvensyen ini telah diterima pakai dan dibuka untuk ditandatangani oleh Perhimpunan Agung PBB pada 21 Disember 1965, dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969. Pada Januari 2018, ia mempunyai 88 penandatangan dan 179 anggota.

Konvensyen ini dipantau oleh Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Kaum (CERD).