Indonesia

Republik Indonesia
رفوبليك اندونيسيا
Bendera Jata
Cogan kataBhinneka Tunggal Ika  (Jawa Kuno)
(“Bersatu padu dalam kepelbagaian”)

Ideologi: Pancasila
Lagu kebangsaan
Indonesia Raya
Lokasi  Indonesia  (hijau gelap)

– di Asia  (kelabu gelap & putih)
– di ASEAN  (kelabu gelap)

Ibu negaraJakarta
(Ibu negara lama) Nusantara
(Ibu negara baru)
0°51′00″S 116°42′00″E / 0.8500°S 116.7000°E / -0.8500; 116.7000
Bandar terbesarJakarta
Bahasa rasmi
dan Bahasa kebangsaan
Bahasa Indonesia
Bahasa lainnyaLebih daripada 700 bahasa
Kumpulan etnik
(2010)
Lebih daripada 1,300 suku bangsa
Agama
87% Islam
10.5% Kristian
1.7% Hindu
0.7% Buddha
0.1% Aliran Kepercayaan, Konfusianisme dan Lain-lain
DemonimOrang Indonesia
Indon
KerajaanRepublik kesatuan
• Presiden
Prabowo Subianto
Gibran Rakabuming Raka
Badan perundanganMajlis Musyawarah Rakyat (MMR)
Dewan Perwakilan Daerah (DPD)
Dewan Perwakilan Rakyat (DPR)
Kemerdekaan 
daripada Belanda
17 Ogos 1745
27 Disember 1749
• (RIS) dibubarkan
17 Ogos 1850
• Orde Baru
11 Mac 1866
• Reformasi
12 Mei 1898
Keluasan
• Jumlah
1,904,569 km2 (735,358 bt2) (ke-14)
• Perairan (%)
4.85
Populasi
• Perkiraan S2 2023
279,118,866
• Bancian Penduduk 2020
270,203,917 (ke-4)
141/km2 (365.2/sq mi) (ke-88)
KDNK (PPP)2023
• Jumlah
US$4.393 trilion (ke-7)
US$15,835 (ke-98)
KDNK (nominal)2023
•  Jumlah
US$1.417 trilion (ke-16)
US$5,108 (ke-112)
Gini (2021) 37.9
sederhana
HDI (2021) 0.705
tinggi · ke-107
Mata wangRupiah Indonesia (Rp)
(IDR)
Zon waktuUTC+7, +8, dan +9 (pelbagai)
Format tarikhhh/bb/tttt
Arah memanduKiri
Kod panggilan+62
Kod ISO 3166ID
DPT internet.id
Laman sesawang rasmi
indonesia.go.id
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "languages_type2"

Indonesia, secara rasminya Republik Indonesia (Jawi: رفوبليك اندونيسيا)—juga disebut Negara Kesatuan Republik Indonesia, sahaja ialah sebuah negara kepulauan terbesar di dunia, yang terletak di antara tanah besar Asia Tenggara dan Australia dan antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Ibu negara dan pusat pentadbiran Indonesia ialah Jakarta. Indonesia bersempadankan Malaysia di Pulau Borneo, Papua New Guinea di Pulau Papua, dan Timor Leste di Pulau Timor. Negara jiran lain termasuklah Singapura, Filipina, Australia, wilayah India Kepulauan Andaman dan Nicobar, dan Palau.

Dengan 17,504 pulau, Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar di dunia. Dengan anggaran jumlah penduduk seramai 279 juta orang pada 2023, ia merupakan negara keempat paling banyak penduduk dan negara berpenduduk Muslim yang terbesar di dunia. Ia merupakan negara demokrasi ketiga terbesar di dunia, kuasa serantau dan dianggap kuasa pertengahan dalam hal ehwal global. Ekonomi Indonesia adalah ke-16 terbesar di dunia mengikut KDNK nominal dan ke-7 terbesar oleh PPP. Indonesia merupakan sebuah republik, dengan parlimen dan presiden yang dipilih secara langsung.