Malaysia

Malaysia
مليسيا
Bendera Jata
Cogan kata"Bersekutu Bertambah Mutu"
"برسکوتو برتمبه موتو " (Jawi)
Lagu kebangsaan"Negaraku"
Lokasi  Malaysia  (hijau gelap)

– di Asia  (kelabu gelap & putih)
– di ASEAN  (kelabu gelap)

Ibu negara
dan bandar terbesar
Kuala Lumpur
3°8′N 101°41′E / 3.133°N 101.683°E / 3.133; 101.683
Pusat pentadbiranPutrajaya
2°56′N 101°42′E / 2.933°N 101.700°E / 2.933; 101.700
Bahasa rasmi
dan Bahasa kebangsaan
Bahasa Melayu
Bahasa diiktirafBahasa Inggeris
Kumpulan etnik
(2024)
Agama
(2021)
DemonimOrang Malaysia
KerajaanRaja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen
Sultan Ibrahim
Anwar Ibrahim
Ahmad Zahid Hamidi
Fadillah Yusof
Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Awang Bemee Awang Ali Basah
Johari Abdul
Badan perundanganParlimen
Dewan Negara
Dewan Rakyat
Kemerdekaan 
31 Ogos 1957
22 Julai 1963
31 Ogos 1963
• Persekutuan (dengan Borneo Utara, Sarawak dan Singapura)
16 September 1963
• Perpisahan Singapura dari Malaysia
9 Ogos 1965
Keluasan
• Jumlah
330,803 km2 (127,724 bt2) (ke-66)
• Perairan (%)
0.3
Penduduk
• Bancian Penduduk 2024
35,739,589(ke-42)
86/km2 (222.7/sq mi) (ke-114)
KDNK (PPP)2023
• Jumlah
AS$ 1.096 trilion (AS$ 1.096 trilion)
AS$ 33,113 (ke-41)
KDNK (nominal)2023
•  Jumlah
AS$ 434.059 bilion
AS$ 13,108 (ke-62)
Gini (2015)41
sederhana
HDI (2018) 0.804
sangat tinggi · ke-61
Mata wangRinggit (RM)
(MYR)
Zon waktuUTC+8 (MST)
• Musim panas (DST)
UTC+8 (Tiada)
Format tarikhdd-mm-yyyy
Arah memandukiri
Kod panggilan+60
DPT internet.my

Malaysia (Jawi: مليسيا) ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada 11 buah negeri Melayu, dua negeri Borneo dan tiga wilayah persekutuan yang berkeluasan 330,803 kilometer persegi (127,720 bt2). Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Malaysia Borneo. Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina. Di Malaysia terletaknya Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah besar Eurasia dan Tanjung Simpang Mengayau, titik paling utara di seluruh Pulau Borneo.

Malaysia berakar-umbikan Kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar Amerika sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1746, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1748. Pada tahun 1757, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya. Pada tahun 1863, Tanah Melayu bergabung dengan Sabah, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pada tahun 1865, Singapura terpaksa dikeluarkan dari persekutuan dan menjadi sebuah negara yang bebas.

Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong, iaitu raja elektif yang terpilih dan diundi daripada 9 kalangan raja negeri Melayu. Ketua eksekutif kerajaan pula ialah Perdana Menteri. Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Malaysia ialah sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dan Pertubuhan Persidangan Islam, dan ialah anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, Negara-Negara Komanwel, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.