Pertempuran Singapura

Pertempuran Singapura
Sebahagian daripada Perang Dunia Kedua

Lt Jen Arthur Percival dalam perjalanan merunding berikutan penyerahan kalah tentera Bersekutu di Singapura pada 15 Februari 1942 - penyerahan kalah terbesar British dalam sejarah.
Tarikh8–15 Februari 1942
Lokasi
Keputusan Kemengan besar Jepun
Penjajahan Jepun di Singapura
Pihak yang terlibat
Malaya Command:
Kor Ke-III India
Divisyen Ke-8
Divisyen Ke-18
Rejimen Askar Melayu
Straits Settlements Volunteer Force
No. 232 Squadron
(limited involvement)
Tentera Darat Ke-25:
Pengawal Imperial
Divisyen Ke-5
Divisyen Ke-18
3rd Air Division
Tentera Laut Imperial Jepun
Komandan dan pemimpin
AE Percival #
Gordon Bennett
Lewis Heath #
Merton Beckwith-Smith #
Tomoyuki Yamashita
Takuma Nishimura
Takuro Matsui
Renya Mutaguchi
Kekuatan
85,000 36,000
Kerugian dan korban
85,000
5,000 terbunuh atau cedera
80,000 tawanan
4,485
1,713 terbunuh
2,772 cedera

Pertempuran Singapura merupakan pertempuran yang berlaku di kancah Asia Tenggara dalam Perang Dunia II apabila Jepun menjajah kubu kuat Pihak Berikat di Singapura. Pertempuran di Singapura bermula dari 7 Februari 1942 hingga 15 Februari 1942 dan mengakibatkan kejatuhan Singapura ke tangan Jepun dan penyerahan diri terbesar anggota tentera diketuai British dalam sejarah. Sekitar tentera 80,000 India, Australia dan British menjadi tawanan perang, bergabung dengan 50,000 yang ditawan dalam Kempen Tanah Melayu.

Jepun menyasarkan Tanah Melayu kerana sebagaimana negara lain di Asia Tenggara, ia kaya dengan sumber alam yang boleh digunakan dalam perangnya dengan Republik China. Singapura, yang terletak di selatan, disambung dengan Tanah Melayu melalui Tambak Johor. Pihak Jepun melihatnya sebagai pelabuhan strategik yang boleh digunakan sebagai tapak pelancaran bagi menyerang kepentingan Pihak Berikat lain di kawasan tersebut, dan bagi mengukuhkan jajahan yang ditawan, dan juga sebagai cara menghapuskan sumber bantuan amal dan kewangan dari Singapura yang menyokong penentang Cina. Bantuan dari penduduk Singapura dalam pelbagai bentuk menjadi perangsang bagi Empayar Jepun untuk menyerang Singapura melalui Tanah Melayu.