Parti Tindakan Demokratik

Parti Tindakan Demokratik
Democratic Action Party
PengerusiTan Kok Wai (2014–)
Setiausaha agungLoke Siew Fook
PenasihatLim Guan Eng
PengerusiGobind Singh Deo
Timbalan PengerusiNga Kor Ming
Naib PengerusiChong Chieng Jen
Teo Nie Ching
Ng Suee Lim
Syahredzan Johan
J Arul Kumar
Setiausaha AgungAnthony Loke
PengasasLim Kit Siang
Diasaskan18 Mac 1966 (1966-03-18)
PecahanParti Tindakan Rakyat
Anggota bagi
Ibu pejabatIbu Pejabat Kebangsaan DAP
Jalan Yew, 55100
Kuala Lumpur
Keanggotaan450,000 (2015)
IdeologiAntikomunisme
Demokrasi sosial
Konservatisme
Liberalisme sosial
Berbilang kaum
Sekularisme
Kedudukan politikBerhaluan kiri tengah
Hubungan kebangsaanBarisan Alternatif (1999–2008)
Pakatan Rakyat (2008–2015)
Pakatan Harapan (2015-kini)
Hubungan antarabangsaSosialis Antarabangsa (SI)
WarnaPutih, merah, biru
Tapak sesawangPortal rasmi DAP (bahasa Melayu)
Pautan lain
Dewan Negara Malaysia
6 / 70
Dewan Rakyat Malaysia:
40 / 222
DUN:
94 / 576
Menteri Besar dan Ketua Menteri
1 / 13
Majlis Tempatan Perundangan Daerah
0,000 / 1,311
Simbol pilihan raya
Bendera parti
sunting · sunting di Wikidata


Parti Tindakan Demokratik (bahasa Inggeris: Democratic Action Party (DAP); Tamil: ஜனநாயக செயல் கட்சி; Bahasa Cina: 民主行动党) ialah sebuah parti politik Malaysia yang berbentuk pelbagai kaum, sekular dan sosialisme demokratik. Ia ditubuhkan pada 18 Mac 1966. Kubu-kubu kuat parti DAP adalah dari segi sokongan rakyat majoriti bukan Melayu di Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. DAP juga memperoleh sedikit undi masyarakat Melayu di Pahang dan Melaka kerana bertanding menggunakan lambang PKR dan HARAPAN.

DAP terkenal dengan konsep kontroversi iaitu "Malaysian Malaysia" (Malaysia untuk semua rakyat/semua bangsa Malaysia). Parti ini komited kepada perjuangan untuk sebuah Malaysian Malaysia yang bebas, berunsur sosialisme demokratik, berdasarkan prinsip-prinsip hak asasi manusia, kesamarataan, keadilan sosial dan ekonomi, dan berasaskan institusi demokrasi parlimen. Bentuk sosialisme yang menjadi pilihan DAP ini adalah sosialisme sederhana yang bersifat anti-komunis dan anti-kapitalis, dan berdasarkan atitud tidak memihak kepada mana-mana pengaruh kuasa besar dunia sama ada blok Barat ataupun blok Timur.

DAP merupakan salah satu daripada empat parti kerajaan utama di Malaysia selain parti PKR,DAP dan AMANAH dan ketiga-tiga parti ini mewakili Pakatan Harapan. Kesepakatan DAP dalam Pakatan Harapan memberikan rakyat Malaysia satu alternatif politik yang mantap dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Akhbar Internet parti ini (dalam Bahasa Melayu) ialah Roketkini.