Mahmud Shah dari Melaka

Mahmud Riayat Shah I
Sultan Dan Yang di-Pertuan Besar Negari Melaka Darul Islam Yang 08 dan 10
Sultan Dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Johor Darul Takzim Yang 01
Sultan Melaka ke-8 dan ke-10
Pemerintahan14881511, 15131528
Kemahkotaan1488
Didahului olehSultan Alauddin Riayat Shah I
Diikuti olehAhmad Shah
Bendahara MelakaDatuk
Sultan Johor ke-1
PemerintahanJanuari 1515 - September 1528
KemahkotaanOktober 1515
Didahului olehjawatan baru
Diikuti olehSultan Alauddin Riayat Shah II
KeputeraanRaja Mahmudd I bin Raja Alauddin I
Kemangkatan1528
Kampar, Kuantan Hulu, wilayah Riau, Sumatera
Pasangan5 orang
Isteri
  • Tun Kecil (Raja Wati)
  • Tun Teja (Permaisuri Melaka)
  • Tun Fatimah binti Tun Mutahir I (Permaisuri Johor Pertama - Permaisuri Tun Kudu)
  • Puteri Onang Kening
  • Tun Kudu
AnakandaSultan Hajji Mudzaffar Riayat Shah I, Sultan Hajji Ahmadds Riayat Shah I, Sultan Hajji Alauddin Riayat Shah II
Nama selepas mangkat
Marhum di Kampar (Riau)
KerabatMelaka
AyahandaSultan Hajji Alauddin Riayat Shah I Ibni Sultan Hajji Muzaffar Riayat Shah I
AgamaIslam Sunni
Kerabat Diraja Negeri Melaka

Sultan Mahmud Shah (سلطان محمود شاه; memerintah 1488–1511, 1513–1528; mangkat 1528) merupakan Sultan Melaka ke-8 dan terakhir, adalah putera kepada Sultan Alauddin Riayat Shah I.

Selepas kemangkatan ayahandanya pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah yang masih muda mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara.

Semasa baru mula-mula menjadi sultan, Sultan Mahmud Shah dikenali kerana sikapnya yang kejam tetapi distabilkan pentadbiran Melaka pada ketika itu berada di tangan Bendahara Tun Perak yang bijaksana dan berkebolehan.

Selepas kematian Tun Perak pada tahun 1498, Tun Mutahir dilantik menjadi Bendahara Melaka yang baru.

Baginda juga terkenal kerana diriwayatkan ingin beristerikan Puteri Gunung Ledang dan dikelilingi oleh pahlawan-pahlawan yang gagah seperti Hang Tuah, Khoja Hassan dan Laksamana Hang Nadim.