Penaklukan Melaka (1511)
| Penaklukan Kota Melaka | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Conquista de Malaca ("Penaklukan Melaka", 1511) oleh Ernesto Condeixa (1858–1933). Gambaran pelukis adalah tidak tepat, masjid berkubah (hanya dibina selepas abad ke-19) dan pahlawan yang jatuh adalah seakan askar Turki/India. | |||||||||
| |||||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||||
| Empayar Portugal | Kesultanan Melaka | ||||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||||
| Afonso de Albuquerque | Mahmud Shah dari Melaka | ||||||||
| Kekuatan | |||||||||
|
1,500 tentera Portugis, 800 Cina dan Indian bantuan atas ke 400 senjata api Kurang dari 17 atau 18 kapal |
20,000 tentera Melaka Perahu lancaran dengan jumlah tidak diketahui 20 penjajap | ||||||||
| Kerugian dan korban | |||||||||
| Tidak diketahui | Tidak diketahui | ||||||||
Penaklukan Melaka merujuk kepada peristiwa kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Empayar Portugis pada tahun 1511, menandakan bermulanya era penguasaan kuasa Eropah di Alam Melayu. Peristiwa ini berlaku apabila armada Portugis pimpinan Afonso de Albuquerque menawan kota Melaka pada bulan Ogos 1511 selepas beberapa siri rundingan dan pertempuran laut serta darat.