Pahang
Pahang
'Paha', 'Pahaeng', 'Pahaq' | |
|---|---|
| Pahang Darul Makmur ڤهڠ دار المعمور | |
| Transkripsi lain | |
| • Jawi | ڤهڠ |
| • Cina | 彭亨 |
| • Tamil | பகாங் Pakāṅ {{{text}}} |
Bendera Jata | |
| Cogan kata: Ya Latif يا لطيف Ya Allah yang Maha Lembut | |
| Lagu: Allah Rahmatkan Raja Kami الله رهمتكن راج كامي | |
OpenStreetMap | |
| Koordinat: 3°45′N 102°30′E / 3.750°N 102.500°E | |
| Ibu negeri (dan bandar terbesar) | Kuantan |
| Bandar diraja | Senarai |
| Pentadbiran | |
| • Jenis | Raja berperlembagaan berparlimen |
| • Sultan | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
| • Menteri Besar | Wan Rosdy Wan Ismail (BN-UMNO) |
| • Tengku Mahkota | Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 35,965 km2 (13,886 batu persegi) |
| Aras tertinggi | 2,187 m (7,175 ft) |
| Penduduk (2020) | |
| • Jumlah | 1,591,295 |
| • Kepadatan | 44/km2 (110/batu persegi) |
| Demonim | Orang Pahang, Ora Paha, Oraeng Pahaeng, Oraq Pahaq, Pahangite, Pahangese, Pahanese (Slanga peminat bola sepak) |
| Demografi (2020) | |
| • Komposisi etnik |
|
| • Bahasa | Melayu Pahang
• Melayu Terengganu • Semai • Semelai • Temiar • Jahut • Lain-lain bahasa minoriti etnik |
| Indeks Negeri | |
| • HDI (2019) | 0.804 (sangat tinggi) (ke-6) |
| • TFR (2017) | 2.2 |
| • GDP (2016) | RM50,875 juta |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| • Musim panas (DST) | UTC+8 (tidak diperhatikan) |
| Poskod | 25xxx to 28xxx, 39xxx, 49000, 69000 |
| Kod panggilan | 09 (Pahang kecuali seperti yang dinyatakan) 05 (Cameron Highlands) 03 (Genting Highlands) |
| Kod ISO 3166 | MY-06 |
| Pendaftaran kenderaan | C |
| Kesultanan Moden | 1881 |
| FMS | 1895 |
| Pendudukan Jepun | 1942 |
| Penyertaan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu | 1 Februari 1948 |
| Kemerdekaan sebagai sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu | 31 Ogos 1957 |
| Bersekutu sebagai sebahagian daripada Malaysia | 16 September 1963 |
| Laman sesawang | www.pahang.gov.my |
Pahang (Sebutan bahasa Melayu: [paˈhaŋ]; Jawi: ڤهڠ, Melayu Hulu Pahang: Paha, Melayu Hilir Pahang: Pahaeng, Melayu Ulu Tembeling: Pahaq) atau nama penuhnya Pahang Darul Makmur (Jawi: ڤهڠ دار المعمور) ialah sebuah kesultanan dan salah satu dari tiga belas negeri di Malaysia. Ia adalah negeri yang ketiga terbesar di Malaysia dan yang paling besar di Semenanjung Malaysia mengikut luas kawasan, dan yang kesembilan paling besar mengikut jumlah penduduk. Negeri Pahang terletak di lembangan Sungai Pahang, dan hamparan pantai timur hingga ke selatan di Endau. Geografinya terletak di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan Kelantan dan Terengganu di sebelah utara, Perak, Selangor serta Negeri Sembilan di sebelah barat, Johor di selatan, dan Laut China Selatan di sebelah timur. Banjaran Titiwangsa yang membentuk pemisah semula jadi antara pantai timur dan barat Semenanjung tersebar di sepanjang utara dan selatan negeri ini, memuncak di Gunung Tahan, yang setinggi 2,187 meter (7,175 kaki). Walaupun dua pertiga daripada negeri ini diliputi oleh hutan hujan tebal, dataran tengahnya bersilang dengan banyak sungai, dan di sepanjang pantai terdapat tanah aluvium seluas 32 kilometer yang merangkumi delta dan dataran muara Sungai Kuantan, Pahang, Rompin, Endau, dan Mersing.
Negeri ini dibahagikan kepada 11 daerah – Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highlands dan Bera. Daerah terbesar ialah Jerantut, merupakan pintu masuk utama ke Taman Negara. Ibu negeri dan bandar terbesar Pahang, Kuantan, merupakan kawasan bandar kelapan terbesar mengikut populasi di Malaysia. Bandar diraja dan pusat utama Sultan Pahang terletak di Pekan. Pekan juga merupakan ibu negeri lama di mana namanya diterjemahkan secara literal kepada 'bandar', dan dahulunya dikenali dalam sejarah sebagai 'Inderapura'. Pekan utama lain termasuk Temerloh, Raub, Bentong, Jerantut, Lipis dan pusat peranginan bukitnya di Genting Highlands, Bukit Tinggi dan Cameron Highlands. Ketua negeri ialah Sultan Pahang, manakala ketua kerajaannya ialah Menteri Besar Pahang. Sistem kerajaan bercirikan sistem parlimen Westminster. Agama negeri Pahang ialah Islam, namun penganut agama lain turut diberikan hak untuk mengamalkan agama masing-masing.
Bukti arkeologi mendedahkan kewujudan tempat tinggal manusia di kawasan yang kini dikenali sebagai Pahang seawal zaman Paleolitik. Petempatan awal secara beransur-ansur berkembang menjadi negara perdagangan maritim purba menjelang abad ke-3. Pada abad ke-5, Kerajaan Pahang Tua menghantar utusan ke mahkamah Liu Song. Pada zaman Langkasuka, Srivijaya dan Ligor, Pahang merupakan salah satu tanggungan terpencil. Pada abad ke-15, Kesultanan Pahang menjadi sebuah kerajaan berautonomi dalam Kesultanan Melaka. Pahang memeterai kesatuan wangsa dengan Kesultanan Johor pada awal abad ke-17 dan kemudiannya muncul sebagai kerajaan berautonomi pada akhir abad ke-18. Berikutan Perang Saudara Pahang yang telah berakhir pada tahun 1863, negeri ini yang berada di bawah Tun Ahmad dari wangsa Bendahara, akhirnya dipulihkan sebagai sebuah kesultanan pada tahun 1881. Pada tahun 1895, Pahang menjadi sebuah negeri naungan British bersama-sama dengan negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Semasa Perang Dunia Kedua, Pahang dan negeri-negeri Tanah Melayu lain telah diduduki oleh Empayar Jepun dari tahun 1941 hingga 1945. Selepas perang, Pahang menjadi sebahagian daripada Malayan Union sebelum diserap ke dalam Persekutuan Tanah Melayu dan memperolehi kemerdekaan sepenuhnya melalui persekutuan itu. Pada 16 September 1963, Persekutuan Tanah Melayu bersama-sama dengan negeri-negeri baru Borneo Utara, Sarawak dan Singapura telah bergabung dan membentuk sebuah persekutuan baru, iaitu Malaysia.
Pahang Moden merupakan sebuah negeri yang penting dari segi ekonomi dengan aktiviti utama dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian. Sebagai sebahagian daripada Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), ia merupakan wilayah utama bagi sektor pembuatan, dengan rangkaian sokongan logistik tempatan yang berfungsi sebagai hab untuk seluruh wilayah pantai timur Semenanjung Malaysia. Selama bertahun-tahun, negeri ini telah menarik banyak pelaburan tempatan dan asing, dalam sektor mineral. Eksport mineral penting termasuklah bijih besi, emas, timah dan bauksit. Medan minyak dan gas asli Malaysia yang besar terletak di luar pesisir di Laut China Selatan. Pada suatu ketika, sumber kayu juga membawa banyak kekayaan kepada negeri ini. Projek pembangunan berskala besar telah menghasilkan pembukaan ratusan batu persegi tanah untuk ladang kelapa sawit dan getah serta penempatan semula ribuan penduduk di kampung baharu di bawah agensi dan institusi persekutuan seperti FELDA, FELCRA dan RISDA.