Kesultanan Riau-Lingga
| 1830–1911 | |||||||||
| |||||||||
Wilayah Kesultanan Riau-Lingga yang ditandakan dengan warna merah | |||||||||
| Status | Penerus Kesultanan Johor Lama dan negeri naungan Belanda | ||||||||
| Ibu negara | Tanjung Pinang, Riau (Pusat pemerintahan 1830–1900) (Istana diraja dan pusat pemerintahan 1900–1911) Daik, Lingga (Istana diraja 1830–1900) | ||||||||
| Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Melayu | ||||||||
| Agama | Sunni Islam | ||||||||
| Kerajaan | Sistem beraja | ||||||||
| Sultan | |||||||||
• 1830–1832 | Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah | ||||||||
• 1832–1835 | Sultan Muhammad II Muazzam Shah | ||||||||
• 1835–1857 | Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah | ||||||||
• 1857–1883 | Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah | ||||||||
• 1883–1911 | Sultan Abdul Rahman II Muazzam Shah | ||||||||
| Yang Dipertuan Muda | |||||||||
• 1830–1831 | Raja Jaafar | ||||||||
• 1831–1844 | Raja Abdul Rahman | ||||||||
• 1844–1857 | Raja Ali | ||||||||
• 1857–1858 | Raja Haji Abdullah | ||||||||
• 1858–1899 | Raja Muhammad Yusuf | ||||||||
| Era Sejarah | Empayar Belanda | ||||||||
| 17 Mac 1824 | |||||||||
• Perjanjian 1830 (Penubuhan Kesultanan Riau-Lingga) | 29 Oktober 1830 | ||||||||
• Perjanjian 1857 (Kesultanan Riau-Lingga mengakui ketuanan Belanda) | 1 Disember 1857 | ||||||||
• Dibubarkan oleh Belanda | 10 Februari 1911 | ||||||||
| |||||||||
| Sekarang sebahagian dari | Indonesia | ||||||||
Kesultanan Riau-Lingga (Jawi: کسلطانن رياو-ليڠڬا), atau Kesultanan Lingga-Riau atau Kesultanan Riau dan Lingga atau Kesultanan Lingga dan Riau atau Kesultanan Riau atau Kesultanan Lingga, adalah sebuah kerajaan Melayu Islam yang terdiri daripada Kepulauan Riau dan Kepulauan Lingga dan wujud dari tahun 1830 hingga tahun 1911. Kesultanan Riau-Lingga merupakan kesinambungan langsung Kesultanan Johor Lama (1528-1830). Kesultanan Riau-Lingga wujud apabila Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dikuatkuasakan di Alam Melayu melalui Perjanjian 29 Oktober 1830 antara Kesultanan Johor Lama dan Belanda di mana Kepulauan Riau dan Kepulauan Lingga kekal di bawah pemerintahan Sultan Johor ke-16, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah manakala negeri Johor dan negeri Pahang menjadi negeri merdeka yang bebas daripada pemerintahan baginda. Maka, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah secara rasmi menjadi Sultan Riau-Lingga pertama pada tahun 1830. Kesultanan Riau-Lingga dibubarkan oleh Belanda pada tahun 1911.
Kesultanan Lingga-Riau memainkan peranan yang penting dalam perkembangan Bahasa Melayu hingga menjadi asas pembentukan Bahasa Indonesia. Sepanjang pemerintahan Kesultanan Riau-Lingga, Bahasa Melayu menjadi sebuah bahasa baku yang kaya dengan kesusasteraan serta memiliki kamus ekabahasa (monolingualisme) sendiri dan setanding dengan bahasa-bahasa lain yang besar di dunia. Tokoh di sebalik perkembangan pesat Bahasa Melayu adalah Raja Ali Haji, seorang pujangga dan ahli sejarah yang berketurunan Melayu-Bugis.