Singapura

Republik Singapura
ريڤوبليک سيڠاڤورا
3 nama rasmi lain
    • Republic of Singapore (bahasa Inggeris)
    • 新加坡共和国 Xīnjiāpō Gònghéguó (Cina)
    • சிங்கப்பூர் குடியரசு Ciṅkappūr Kuṭiyaracu (Tamil)
Bendera Jata
Cogan kataMajulah Singapura
Lagu kebangsaanMajulah Singapura
Bahasa rasmi
Bahasa KebangsaanBahasa Melayu
Kumpulan etnik
(2020)
  • 75.9% Cina
  • 15.0% Melayu
  • 7.5% India
  • 1.6% lain-lain
Agama
(2020)
KerajaanRepublik berparlimen Kesatuan Dominan
• Presiden
Tharman Shanmugaratnam
Lawrence Wong
Badan perundanganParlimen
Kemerdekaan 
3 Jun 1959
16 September 1963
• Pengisytiharan Singapura
9 Ogos 1965
8 Ogos 1967
Keluasan
• Jumlah
728.6 km2 (281.3 bt2) (ke-178)
Penduduk
• Perkiraan 2021
5,453,600 (ke-115)
7,804/km2 (20,212.3/sq mi) (ke-2)
KDNK (PPP)2021
• Jumlah
$600.063 bilion (ke-38)
$102,742 (ke-2)
KDNK (nominal)2021
•  Jumlah
$374.394 bilion (ke-38)
$64,103 (ke-8)
Gini (2017) 45.9
sederhana
HDI (2019) 0.938
sangat tinggi · ke-11
Mata wangDolar Singapura (S$)
(SGD)
Zon waktuUTC+8 (SST)
Format tarikhdd/mm/yyyy
Bekalan elektrik
sesalur
230 V–50 Hz
Arah memandukiri
Kod panggilan+65
Kod ISO 3166SG
DPT internet.sg

Singapura, secara rasminya Republik Singapura (Jawi: ريڤوبليک سيڠاڤورا) , merupakan sebuah negara pulau yang terletak di tepi hujung selatan Semenanjung Melayu, 137 kilometer (85 bt) di utara garisan Khatulistiwa, di Asia Tenggara. Ia terpisah dari Malaysia dengan Selat Johor di utara, dan Kepulauan Riau Indonesia dengan Selat Singapura di selatan. Singapura ialah pusat kewangan keempat terunggul dan sebuah bandaraya global metropolitan yang memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa. Pelabuhan Singapura ialah salah sebuah daripada lima pelabuhan tersibuk dunia.

Singapura mencatat sejarah penghijrahan yang lama sekali, yang menyumbang kepada hampir 5 juta penduduk berbilang budaya yang terdiri daripada kaum Cina, Melayu, India, orang Asia lain, dan ras Caucasus. 42% penduduk Singapura ialah orang asing yang bekerja atau belajar di sini. 50% pekerjaan perkhidmatan diisi oleh pekerja asing. Singapura merupakan negara yang kedua paling padat dengan penduduk di dunia, di belakang Monaco. A.T. Kearney mengungkit nama Singapura sebagai negara paling global di dunia dalam Indeks Globalisasi.

Sebelum merdeka pada tahun 1965, Singapura sudah menjadi pelabuhan yang bersemangat dengan KDNK per kapita sebanyak $511, iaitu ketiga tertinggi di Asia Timur ketika itu. Selepas merdeka, pelaburan langsung asing dan dorongan kerajaan ke arah pengindustrian berasaskan rancangan bekas Timbalan Perdana Menteri Dr. Goh Keng Swee membentuk sebuah ekonomi yang baru.

Economist Intelligence Unit meletakkan Singapura sebagai negara yang mempunyai kualiti hidup terbaik di Asia dan kesebelas terbaik di seluruh dunia dalam senarai "Quality-Of-Life Index". Singapura memiliki rizab pertukaran asing kesembilan terbesar di dunia. Negara ini juga dilengkapi angkatan tentera yang canggih dan lengkap dari segi teknologinya.