Hari Pemerintahan Sendiri Borneo Utara

Hari Kemerdekaan Sabah/Hari Pemerintahan Sendiri Borneo Utara
Perayaan yang dijalankan dengan mengkibarkan Bandera Sabah.
Nama rasmiHari Sabah
Diraikan oleh/di
Sabah
JenisWilayah
KepentinganMemperingati penubuhan pemerintahan sendiri dan kemerdekaan de-facto di Borneo Utara
Tarikh31 Ogos 1963 (1963-08-31)
Kekerapantahunan
Berkaitan dengan
Hari Kebangsaan, Hari Sarawak & Hari Malaysia.

Hari Kemerdekaan Sabah atau Hari Sabah ialah hari pemerintahan sendiri yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun oleh wilayah Sabah di Malaysia. Cuti ini telah mula diterima secara meluas oleh kerajaan Sabah.

hari Sabah kali pertama disambut pada 31 Ogos 1963 selepas bebas dari penjajahan British dengan bentuk pemerintahan sendiri, namun ia kurang mendapat perhatian dan kurangnya maklumat yang sedia ada, sejak 2023 ia mula disambut secara rasmi sebagai pelengkap hari Kebangsaan, dengan Hari Sabah yang sepatutnya disambut pada 31 Ogos setiap tahun di Sabah, Malaysia (), Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ialah pada 31 Ogos 1957, Oleh itu tarikh cuti tahunan 31 Ogos sempena Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang pada hari ini dikenali sebagai Hari Kebangsaan Malaysia bertindih dengan tarikh Hari Kemerdekaan Sabah, persoalan bertindih ini diselesaikan pada Tahun 2023 dengan sambutan Hari Kebangsaan pada masa pagi, di Kota Kinabalu dan sambutan Hari Sabah pada masa 3 Petang, di Tambunan, pada tarikh yang sama iaitu 31 Ogos .

Hanya sejak tahun 2012, cuti itu telah diterima banyak oleh Kerajaan Sabah dan rakyat Sabah sebagai Hari Kebangsaan Khas Sabah, sebab bagi sesetengah Rakyat Sabah dan Ahli Politik Sabah, menganggap Hari Merdeka itu bukan hak hari perayaan bagi negeri ini. Pada tahun 2018, Yayasan Warisan Borneo (BHF) telah menyeru kepada kerajaan negeri untuk mewartakan hari tersebut sebagai "Hari Sabah" dan mengisytiharnya sebagai hari cuti.