Sultan Selangor

Sultan dan Yang di-Pertuan Besar Bagi Negeri Selangor serta segala daerah takluknya
Negeri
Penjawat kini
Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni
Almarhum Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah Al-Haj

sejak 22 November 2001
kemahkotaan 8 Mac 2003
Butiran
GelaranDuli Yang Maha Mulia
Pewaris takhtaTengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj
Penyandang pertamaSultan Salahuddin Shah ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak
KerabatWangsa Opu
Daeng Chelak
dari Wangsa Diraja
Bugis Riau
dari Wangsa Diraja
Bugis Luwu

(berasal dari
Sulawesi Selatan)
Pembentukan1743 (1743)
PersemayamanIstana Alam Shah, Klang
Laman sesawangwww.selangor.gov.my/index.php/pages/view/125

Sultan Selangor ialah gelaran raja berperlembagaan di Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Gelaran rasmi Sultan Selangor ialah "Duli Yang Maha Mulia Sultan Dan Yang di-Pertuan Besar Bagi Negeri Selangor Darul Ehsan Serta Segala Daerah Takluknya".

Sultan Selangor berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri dan juga Kapten Yang di-Pertuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).