Terengganu
Terengganu
Tranung Ganu (mfa) | |
|---|---|
| Terengganu Darul Iman ترڠݢانو دار الإيمان | |
| Transkripsi lain | |
| • Jawi | ترڠݢانو |
| • Cina | 登嘉楼 (ringkas) 登嘉樓 (tradisional) |
Jata | |
| Nama panggilan: Negeri Penyu | |
| Cogan kata: Maju, Berkat dan Sejahtera | |
| Lagu: Selamat Sultan سلامت سلطان | |
| Koordinat: 4°45′N 103°0′E / 4.750°N 103.000°E | |
| Ibu negeri | Kuala Terengganu |
| Bandar diraja | Kuala Terengganu |
| Pentadbiran | |
| • Jenis | Raja berperlembagaan berparlimen |
| • Sultan | Sultan Mizan Zainal Abidin |
| • Menteri Besar | Ahmad Samsuri Mokhtar (PN-PAS) |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 13,035 km2 (5,033 batu persegi) |
| Aras tertinggi (Gunung Lawit) | 1,519 m (4,984 ft) |
| Penduduk (2020) | |
| • Jumlah | 1,149,440 |
| • Kepadatan | 88/km2 (230/batu persegi) |
| • Kumpulan etnik |
|
| • Demonim | Oghang Tranung Ughaong Tranung Oré Besut/Ore Ganu (di daerah Besut) |
| Bahasa | |
| • Rasmi | Bahasa Melayu |
| • Pertuturan |
|
| Sejarah | |
| • Penubuhan Kesultanan | 1725 |
| • Jajahan Siam | Abad ke-19 |
| • Kawalan British | 1909 |
| • Pendudukan Jepun | 1942 |
| • Penyertaan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu | 1948 |
| • Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu | 31 Ogos 1957 |
| • Pembentukan Malaysia | 16 September 1963 |
| Poskod | 20xxx hingga 24xxx |
| Kod panggilan | 09 |
| Kod ISO 3166 | MY-11 |
| Pendaftaran kenderaan | T |
| IPM (2019) | 0.300 (tinggi) (ke-11) |
Terengganu (Jawi: ترڠݢانو دار الإيمان, sebutan tempatan: Tranung, Kelantan-Pattani: Ganu) atau nama penuhnya Terengganu Darul Iman ialah sebuah kesultanan dan negeri di Malaysia. Bandar pesisir pantai Kuala Terengganu, yang terletak di muara Sungai Terengganu, merupakan ibu negeri, bandar diraja juga bandar terbesar di Terengganu. Antara bandar dan pekan utama lain termasuklah Jerteh, Kuala Dungun, Chukai, Kuala Berang, Marang dan Permaisuri. Dengan keluasan 13,035 kilometer persegi dan populasi lebih 1.2 juta orang pada tahun 2023, Terengganu merupakan negeri ketujuh terbesar dan ke-10 paling berpenduduk di Malaysia. Terengganu, bersama-sama dengan Kelantan, Putrajaya dan Perlis, merupakan antara negeri yang paling homogen di Malaysia, di mana hampir 95% penduduknya berbangsa Melayu, dengan dialek, budaya, sejarah dan tradisinya yang tersendiri.
Terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia, Terengganu bersempadan dengan negeri Kelantan di utara, Pahang di barat dan selatan, serta Laut China Selatan di timur. Terengganu secara geografinya terbahagi kepada kawasan pedalaman kurang berpenduduk dan bergunung-ganang (dikenali sebagai Tanah Tinggi Terengganu dengan puncak tertingginya ialah Gunung Lawit yang berketinggian 1,519 meter) yang merangkumi kawasan dari sempadan Kelantan ke daerah Kemaman, dan sebahagian besar kawasannya yang terdiri daripada daratan pantai rata yang menempatkan majoriti penduduk negeri ini. Terengganu terkenal dengan garis pantainya yang terpanjang di Semenanjung Malaysia dan antara yang terbersih di Malaysia. Banyak pulau terkenal di Malaysia yang terletak di negeri ini seperti Pulau Perhentian, Kapas, Redang, dan juga Pulau Bidong yang pernah menempatkan ribuan pelarian Vietnam sekitar tahun 1970-an.