| punca Pencerobohan Lahad Datu 2013 |
|---|
|
Peta lokasi kawasan kejadian |
| Tarikh | 11 Februari 2013 – 24 Mac 2013 |
|---|
| Lokasi | 5°07′01″N 119°10′29″E / 5.1170333°N 119.1746176°E / 5.1170333; 119.1746176 |
|---|
| Punca | Kawasan timur Sabah yang tidak dimasukkan (dahulunya dikenali sebagai Borneo Utara) ke dalam Perjanjian Rangka Kerja mengenai Bangsamoro |
|---|
| Matlamat | Bagi mengambil kembali wilayah ini untuk dijadikan Wilayah Filipina |
|---|
| Kaedah | Pendudukan |
|---|
| Kesan | Kemenangan pihak Malaysia |
|---|
|
|
|
|
|
| Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara |
ATM PDRM |
|
|
235 |
Anggaran >6,500 +7 batalion ATM+1 batalion PGA |
|
|
68 |
10 (termasuk seorang yang maut dalam kemalangan) |
|
| Kesemua jumlah termasuk Serangan di Semporna. |
Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan kepada insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 235 orang Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari 2013. Kumpulan tersebut yang menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara, telah dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang dari pihak-pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu. Kiram menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk menuntut kembali wilayah mereka di bahagian timur Sabah (bekas Borneo Utara) yang masih tidak dapat diselesaikan.
Pasukan-pasukan keselamatan Malaysia sudah mengepung Kampung Tanduo di Lahad Datu yang menjadi tempat mereka berkumpul, manakala perundingan secara aman masih lagi dilakukan.