Gabungan Parti Sarawak
ڬابوڠن ڤرتي سراوق Gabungan Parti Sarawak (GPS) | |
|---|---|
| Nama Melayu | Gabungan Parti Sarawak ݢابوڠن ڤرتي سراوق |
| Nama Cina | 砂拉越政黨聯盟 砂拉越政党联盟 Shālāyuè zhèngdǎng liánméng |
| Singkatan | GPS |
| Presiden | Tan Sri Datuk Patinggi Dr. Haji Abang Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Haji Abang Openg |
| Setiausaha agung | Dato' Sri Alexander Nanta Linggi |
| Setiausaha am | Datuk Amar Haji Fadillah Yusof |
| Timbalan Presiden GPS | • Datuk Amar Douglas Uggah Embas • Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan |
| Naib Presiden GPS | • Dato' Sri Joseph Salang Gandum • Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian • Dato' Seri Tiong King Sing |
| Ketua Wanita GPS | Dato' Sri Hajah Fatimah Abdullah |
| Ketua Armada Pemuda GPS | Dato Gerald Rentap Jabu |
| Jurucakap Utama | Dato' Sri Abdul Karim Rahman Hamzah |
| Pengasas | Tan Sri Datuk Patinggi Dr. Haji Abang Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Haji Abang Openg |
| Diasaskan | 12 Jun 2018 |
| Disahkan | 19 November 2018 |
| Pecahan | Barisan Nasional |
| Didahului oleh | Parti Perikatan Sarawak (1963-1973) (Secara tidak langsung dari pemerintahan awal "Parti Perikatan") |
| Ibu pejabat | Jalan Bako, Kuching, Sarawak |
| Akhbar | • Jiwa Bakti (PBB) • Suara Sarawak • Sarawak Tribune • Sa'ati (SUPP) Media tidak rasmi: • See Hua Daily News • The Borneo Post • Utusan Borneo • TVS • Radio Televisyen Malaysia (RTM) • Media Prima Berhad (TV3 & 8TV) • CNA (Singapura) • Media GPS (TikTok rasmi) |
| Sayap pelajar | Mahasiswa-Siswi GPS |
| Sayap belia/pemuda | Pergerakan Armada Pemuda GPS |
| Sayap wanita | Pergerakan Wanita GPS |
| Sayap penyokong kerajaan | Kelab Penyokong Kerajaan GPS
(GPS Backbenchers Club) |
| Keanggotaan | 983,391 (Oktober 2025) |
| Ideologi | Nasionalisme Sarawak Hak Bumiputera Sarawak Kerjasama pelbagai kaum Hak kebajikan rakyat Kuasa politik rakyat Hak peribumi Sarawak Kestabilan politik negeri Hak ekonomi Sarawak Kerajaan yang adil Demokrasi semua kaum Sekularisme negeri Berfikiran kritis dan sahih |
| Kedudukan politik | Tengah ke tengah kanan |
| Hubungan kebangsaan | Rakan gabungan: • Barisan Nasional (1973–2018) (sebagai BN Sarawak) • Gabungan UMNO–BN (2020–2022) (sebagai rakan politik nasional) • Kerajaan Perpaduan Malaysia (sejak 2022) |
| Warna | Merah Putih Hitam |
| Slogan | Utamakan Sarawak |
| Lagu | "GPS Utamakan Sarawak" |
| Tapak sesawang | https://gpsarawak.com/parlimen |
| Pautan lain | |
| Dewan Negara: | 7 / 70 |
| Dewan Rakyat: | 23 / 31 (kerusi Parlimen di Sarawak) |
| Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 79 / 82 |
| Premier Sarawak: | 1 / 1 (hanya di Sarawak) |
| Simbol pilihan raya | |
| Bendera parti | |
| | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Gabungan Parti Sarawak (singkatan: GPS) (Jawi: ڬابوڠن ڤرتي سراوق) adalah gabungan parti politik berbilang kaum di Sarawak, Malaysia. Gabungan politik tempatan ini telah disahkan secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 19 November 2018. Dalam Dewan Rakyat terkini, setakat November 2022, GPS membentuk blok keempat terbesar.
Di peringkat negeri, GPS merupakan blok dominan, dengan memiliki majoriti dua-per-tiga dan gabungan ini mempromosikan kesatuan diantara presiden parti-parti tempatan dan rakyat-rakyat tempatan. GPS dipromosikan sebagai sebuah gabungan parti yang universal, bebas, dan juga dapat menyokong atau menentang sebarang idea, kenyataan, dan cadangan daripada pihak kerajaan mahupun daripada pihak pembangkang di seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun, GPS juga pernah dikritik pihak pembangkang kerana dakwaan penindasan terhadap pembangkang dan pembesar yang tak sehaluan.