Johor
Johor
Johor Darul Ta'zim | |
|---|---|
| Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim نڬري دان جاجهن تعلوق جوهر دار التعظيم | |
| Transkripsi lain | |
| • Tulisan Jawi | جوهر |
| • Cina | 柔佛 Róufó (Hanyu Pinyin) |
| • Tamil | ஜொகூர் Jokūr (Transliterasi) |
| Cogan kata: "Kepada Allah Berserah" | |
| Lagu: "Lagu Bangsa Johor" | |
| Koordinat: 1°59′27″N 103°28′58″E / 1.99083°N 103.48278°E | |
| Ibu negeri dan kota terbesar | Johor Bahru[a] |
| Bandar diraja | Muar |
| Pentadbiran | |
| • Jenis | Parlimen dan raja berperlembagaan |
| • Sultan | Sultan Ibrahim |
| • Pemangku Sultan | Tunku Mahkota Ismail |
| • Raja Muda | Tunku Iskandar |
| • Menteri Besar | Onn Hafiz Ghazi (BN-UMNO) |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 19,166 km2 (7,400 batu persegi) |
| Aras tertinggi | 1,276 m (4,186 ft) |
| Penduduk (2023) | |
| • Jumlah | 4,100,900 (ke−2) |
| • Kepadatan | 209.2/km2 (542/batu persegi) |
| • Kumpulan etnik |
|
| • Demonim | Orang Johor (individu) Bangsa Johor (majmuk) |
| Bahasa | |
| • Rasmi | Bahasa Melayu |
| • Pertuturan | Bahasa Melayu Johor • Bahasa Cina (Mandarin, Hokkien, Teochew dan Hakka) • Bahasa Tamil • Bahasa etnik minoriti lainnya |
| Sejarah | |
| • Kesultanan Johor Lama | 1528 |
| • Kerajaan Temenggung Johor | 10 Mac 1855 |
| • Kerajaan Maharaja Johor | 30 Jun 1868 |
| • Perjanjian Inggeris-Johor 1885 (Kesultanan Johor Moden) | 11 Disember 1885 |
| • Undang-undang Tubuh Negeri Johor | 14 April 1895 |
| • Negeri naungan British | 12 Mei 1914 |
| • Pendudukan Jepun | 31 Januari 1942 |
| • Penyertaan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu | 1 Februari 1948 |
| • Pembentukan Malaysia | 16 September 1963 |
| Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
| Poskod | 79xxx hingga 86xxx, 73400 |
| Kod panggilan | 07[b] 06 (Muar dan Tangkak) |
| Kod ISO 3166 | MY-01, 21–24 |
| Pendaftaran kenderaan | J |
| IPM (2023) | 0.796 (tinggi) (ke-10) |
| KDNK (2016) | RM116,682 juta |
| TFR (2017) | 2.1 |
| Laman sesawang | Tapak sesawang rasmi |
| ↑[a] Kota Iskandar, Iskandar Puteri adalah pusat pentadbiran negeri dan kerusi kerajaan negeri Johor (cawangan eksekutif & cawangan legislatif). Akan tetapi, Johor Bahru tetap menjadi ibu bandar rasmi Negeri Johor. ↑[b] Kecuali Bandar Muar dan Daerah Tangkak. | |
Johor (sebutan dalam loghat tempatan: Joho, Jawi: جوهر), juga dikenali rasminya sebagai Johor Darul Ta'zim (Jawi: جوهر دار التعظيم) ialah sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia, terletak di hujung selatan Semenanjung Tanah Melayu. Johor bersempadan darat dengan negeri-negeri Pahang di utara serta Melaka dan Negeri Sembilan di barat lautnya. Johor juga berkongsi sempadan maritim dengan Singapura di selatan dipisahkan Selat Tebrau dan Indonesia di barat dipisahkan Selat Melaka. Menurut bancian setakat tahun 2023, jumlah penduduk negeri Johor ialah 4,100,900 orang, menjadikannya negeri kedua yang terbesar dengan jumlah penduduknya, selepas Selangor. Pusat kegiatan ekonomi utama dan ibu kota negeri ini adalah Johor Bahru yang terletak di pesisiran selatan, Kota Iskandar ialah pusat pentadbiran kerajaan negeri, dan Muar berfungsi sebagai bandar diraja.
Ekonomi Johor sebahagian besarnya berasaskan kepada sektor perkhidmatan dan pembuatan. Negeri ini mempunyai keluaran dalam negara kasar (KDNK) tertinggi di Malaysia di luar Lembah Klang, menjadikannya negeri yang mempunyai ekonomi kedua terbesar negara, selepas Selangor. Sejak tahun 2023, Johor telah menjadi penyumbang perdagangan terbesar negara dalam kalangan semua negeri di Malaysia. Negeri ini juga merupakan hab logistik utama di Malaysia, yang menempatkan Pelabuhan Tanjung Pelepas, pelabuhan ke-15 paling sibuk di seluruh dunia. Johor Bahru juga merupakan bandar utama dalam koridor pembangunan Iskandar Malaysia yang meliputi sebahagian besar kawasan selatan Johor, ia merupakan zon ekonomi khas pertama dan terbesar negara mengikut nilai pelaburan.
Islam merupakan agama rasmi sepertimana termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara bebas. Bahasa Melayu Johor-Riau telah diterima sebagai bahasa rasmi negeri sejak 1914.
Johor mempunyai kepelbagaian pada sudut etnik, budaya dan bahasa. Negeri ini terkenal dengan tarian tradisional zapin. Ketua negeri ialah Sultan Johor, manakala ketua kerajaan ialah Menteri Besar. Sistem kerajaan negeri Johor mengambil contoh daripada sistem parlimen Britain, dengan pentadbiran negeri dibahagikan kepada daerah-daerah pentadbiran. Johor mempunyai kepelbagaian hutan hujan tropika serta beriklim khatulistiwa. Rupa bentuk muka bumi fizikal Johor secara amnya adalah rata, dan kawasan tanah tinggi negeri ini terdiri daripada gugusan-gugusan inselberg dan massif oleh kerana lokasinya yang terletak di kaki bukit selatan Banjaran Tanah Sari yang meliputi dari selatan Myanmar dan Thailand, dengan Gunung Ledang sebagai titik tertinggi di negeri tersebut.