Persatuan Cina Malaysia

Persatuan Cina Malaysia
Malaysian Chinese Association
马来西亚华人公会
MCA
马来西亚华人公会
SingkatanMCA
PengerusiWee Ka Siong (2018–)
Setiausaha agungOng Ka Chuan
PresidenWee Ka Siong
Timbalan PresidenMah Hang Soon
Naib PresidenWee Jeck Seng
(Naib Presiden I)
Lim Ban Hong
(Naib Presiden II)
Tan Teik Cheng
(Naib Presiden III)
Lawrence Low Ah Keong
(Naib Presiden IV)
Ketua WanitaWong You Fong
Ketua PemudaLing Tian Soon
PengasasTan Cheng Lock
Diasaskan27 Februari 1949
Ibu pejabatTingkat 8, Wisma MCA,
163, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Keanggotaan (-)592,530 (Ogos 2022)
IdeologiNasionalisme Malaysia
Patriotisme
Perjuangan komuniti Cina
Hak ekonomi komuniti Cina
Membanteras rasuah
Semangat Keluarga Malaysia
Kebajikan rakyat diutamakan
Keadilan semua pihak
Kerjasama pelbagai kaum
Hak sosial & budaya negara
Kedudukan politikcentre-right (en)
Hubungan kebangsaanParti Perikatan (PA)
(1952–1973) Barisan Nasional
(1973-2018), (2020-kini)
Warna     Biru dan Kuning
LaguMa Hua Dang Ge
Tapak sesawangwww.mca.org.my
Pautan lain
Dewan Negara:
2 / 70
Dewan Rakyat:
2 / 222
Dewan Undangan Negeri:
Simbol pilihan raya
Bendera parti
Catatan kaki
-
sunting · sunting di Wikidata
Persatuan Cina Malaysia
Tulisan Cina Tradisional馬來西亞華人公會
Tulisan Cina Ringkas马来西亚华人公会
Hanyu PinyinMǎláixīyà Huárén Gōnghuì



Persatuan Cina Malaysia (Inggeris: Malaysian Chinese Association, Cina Ringkas: 马来西亚华人公会, akronim: MCA) adalah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden Wee Ka Siong. MCA merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang merupakan sebahagian daripada gabungan parti pemerintah bagi kerajaan persekutuan bersama Pakatan Harapan (PH), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti-parti lain yang dan merupakan parti pemerintah bagi kerajaan negeri Melaka dan Johor. Setiausaha Agung MCA ialah Chong Sin Woon. Ketua Pemuda MCA ialah Ling Tian Soon manakala Ketua Wanita MCA pula ialah Wong You Fong.

Parti ini mendapat asasnya daripada gerakan Kuomintang yang bertapak di Tanah Melayu British sekitar tahun 1930-an melawan Parti Komunis Malaya seiringan perjuangan parti tersebut dipegang Republik China yang mahu merampas kuasa ke atas Tanah Besar China dari Parti Komunis China. Ia ditubuhkan secara rasminya pada 24 Februari 1949 dengan galakan Pentadbiran Tentera British yang mendokong gagasan pendirian anti-radikalnya yang alternatif pada ketika itu.