Srivijaya

Kerajaan Srivijaya
Kadatuan Śrīvijaya
670–1025
Luas maksimum Srivijaya sekitar abad ke-8 dengan laluan ekspedisi dan penaklukan Srivijaya
Ibu negaraPalembang
Bahasa yang umum digunakanMelayu Kuno,Sanskrit
Agama
KerajaanMonarki
Maharaja 
• 671–702
Sri Jayanasa
• 702–728
Sri Indravarman
• 792–840
Samaratungga
• 988–1008
Sri Chulamanivarman
• 1008–1017
Sri Mara Vijayatunggavarman
• 1017–1025
Sri Sangrama Vijayatunggavarman
• 1028–(?)
Sri Deva
Sejarah 
• Ekspedisi dan perkembangan Dapunta Hyang, (Batu Bersurat Kedukan Bukit)
670
• Serangan Chola atas Srivijaya
1025
Mata wangDuit syiling emas dan perak asli
Didahului oleh
Diganti oleh
Kantoli
Kerajaan Palembang
Kerajaan Melayu

Empayar Srivijaya (juga disebut sebagai Empayar Sriwijaya) ialah sebuah empayar maritim terawal bangsa Melayu yang berpusat di Sumatera dari sekitar abad ke-7 hingga abad ke-13 Masihi. Ia diiktiraf sebagai empayar Melayu yang terbesar di Asia Tenggara Maritim, menguasai laluan perdagangan penting di Selat Melaka dan Laut Jawa. Empayar Srivijaya memainkan peranan paling penting dalam menjadikan Bahasa Melayu Klasik sebagai lingua franca pertama di Asia Tenggara. Bahasa ini digunakan dalam urusan perdagangan, diplomasi, pentadbiran, dan penyebaran agama Islam di seluruh wilayah Nusantara.

Penglibatan awal empayar ini direkodkan dalam sumber China yang menyebut pelayaran utusan dari "Shilifoshi" (Srivijaya) pada tahun 671 Masihi, serta melalui Prasasti Kedukan Bukit (682 Masihi) yang mencatatkan penubuhan kerajaan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa.