Orang Melayu

Orang Melayu
أورڠ ملايو
Sepasang suami isteri Melayu memakai pakaian tradisional selepas majlis akad nikah mereka. Pengantin lelaki berbaju Melayu dipadankan dengan songkok dan songket, manakala pengantin perempuan pula berbaju kurung dan bertudung.
Jumlah penduduk
anggaran: 30,000,000
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia17,600,000 (bancian 2023)
 Indonesia8,673,791 (bancian 2020)
 Thailand2,100,000
 Singapura545,498
 Brunei322,283
 Australia33,183
 Myanmar27,000
 Sri Lanka40,189
Dunia Arab~50,000
 United Kingdom~27,000
Bahasa
Bahasa Melayu (termasuklah loghat)
Lain-lain:
Agama
Islam (bermazhab Shafie, Ahli Sunah Waljamaah)
Kumpulan etnik berkaitan
Orang Austronesia
terutama: Minangkabau, Jawa, Aceh, Batak, Bugis

Orang Melayu (Jawi: أورڠ ملايو) ialah kelompok etnoagama dari orang Austronesia yang sebahagian besarnya mendiami Semenanjung Tanah Melayu termasuk selatan Thailand, pantai timur Sumatra, pesisir pantai Borneo, dan semua pulau di Kepulauan Riau. Bahasa Melayu ialah anggota keluarga bahasa Austronesia.

Kedatangan Kesultanan Melaka pada abad ke-15 mencetuskan revolusi besar dalam sejarah Melayu, yang mana kepentingannya terletak pada warisan politik dan budayanya yang meluas. Penanda definitif umum kemelayuan — agama Islam, bahasa dan tradisi Melayu — dianggap telah diisytiharkan semasa era ini, menyebabkan etnogenesis Melayu sebagai kumpulan etnoreligius utama di rantau ini. Dalam kesusasteraan, seni bina, tradisi masakan, pakaian tradisional, seni persembahan, seni mempertahankan diri dan tradisi istana diraja, Melaka menetapkan standard yang dicontohi oleh kesultanan Melayu kemudiannya. Zaman kegemilangan kesultanan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, Timur Sumatera dan Pesisir Borneo menyaksikan ramai penduduk mereka, khususnya dari pelbagai masyarakat suku seperti Batak, Dayak, Orang Asli dan Orang Laut menjadi tunduk kepada Islamisasi dan Masuk Melayu. Dalam perjalanan sejarah, istilah "Melayu" telah diperluaskan kepada kumpulan etnik lain dalam "Alam Melayu"; penggunaan ini pada masa kini sebahagian besarnya terhad di Malaysia dan Singapura, di mana keturunan lain dari kumpulan etnik ini diistilahkan sebagai Anak Dagang ("pedagang") dan yang kebanyakannya berasal dari Indonesia seperti Orang Aceh, Banjar, Bugis, Mandailing, Minangkabau dan Jawa.