Selat Melaka
Selat Melaka (Jawi: سلت ملاک; Tamil: மலாக்கா நீரிணை;juga Selat Malaka Ind.) adalah kawasan perairan sempit yang memisahkan semenanjung Malaysia dan Pulau Sumatera di Indonesia. Panjangnya adalah 580 mi ( 930 km). Selat ini merupakan selat yang terpanjang di dunia. Sebagai laluan perhubungan utama antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Ia merupakan salah satu laluan perkapalan yang terpenting di dunia. Ia dinamakan Selat Melaka sempena pokok melaka (Phyllanthus emblica atau Emblica officinalis) yang popular di negeri Melaka dan Sumatera.
| Selat Melaka Jawi: سلت ملاک Tamil: மலாக்கா நீரிணை | |
|---|---|
Selat Melaka menghubungkan Lautan Pasifik di bahagian timur dengan Lautan Hindi di bahagian barat. | |
| Lokasi | Laut Andaman-Selat Singapura |
| Koordinat | 4°N 100°E / 4°N 100°E |
| Jenis | Selat |
| Nama asli | Melayu: Selat Melaka Indonesia: Selat Malaka Bahasa Thai: ช่องแคบมะละกา Tamil: மலாக்கா நீரிணை, Malākkā nīriṇai Hindi: मलक्का जलडमरूमध्य Cina: 馬六甲海峽/马六甲海峡 |
| Negara lembangan | Malaysia Indonesia Thailand |
| Panjang maksimum | 930 km (580 bt) |
| Lebar minimum | 38 km (24 bt) |
| Kedalaman purata | 25 meter (82 ka) (minimum) |
| Petempatan | Singapura Batu Pahat Bandar Melaka Port Dickson Pelabuhan Klang Lumut Pulau Pinang Langkawi Satun Phuket Aceh Medan Riau Port Blair |