Barisan Ke-3 Ukraine

Barisan Ke-3 Ukraine (Rusia: Третий Украинский фронт, rumi: Tretiy Ukrainskiy front) ialah sebuah Barisan dalam Tentera Merah Soviet semasa Perang Dunia Kedua.

Ia ditubuhkan pada 20 Oktober 1943, berdasarkan arahan Stavka bertarikh 16 Oktober 1943, dengan menukar nama Barisan Barat Daya. Ia merangkumi Tentera Darat Pengawal Pertama, Tentera Darat Pengawal Ke-8, Tentera Darat Ke-6, Tentera Darat Ke-12, dan Tentera Darat Ke-46 serta Ketumbukan Udara Ke-17.

Kemudiannya, ia turut merangkumi Tentera Darat Gempur Ke-5, Tentera Darat Pengawal Ke-4 dan Tentera Darat Pengawal Ke-9, Tentera Darat Ke-26, Tentera Darat Ke-27, Tentera Darat Ke-28, Tentera Darat Ke-37, Tentera Darat Ke-57, Tentera Darat Kereta Kebal Pengawal Ke-6, serta Tentera Darat Pertama, Tentera Darat Kedua dan Tentera Darat Keempat Bulgaria. Flotila Danube turut diletakkan di bawah kawalan operasi Barisan ini. Ia termasuk Briged Ke-83 Infantri Laut.