Alexander Lohr

Alexander Löhr
Alexander Löhr pada Oktober 1939
Kelahiran(1885-05-20)20 Mei 1885
Turnu-Severin, Mehedinți, Kingdom of Romania
Meninggal dunia26 Februari 1947(1947-02-26) (umur 61)
Belgrade, SFR Yugoslavia
Kesetiaan Austria-Hungary (hingga 1918)
Republik Austria Pertama (to 1938)
 Jerman Nazi
Perkhidmatan Tentera Darat Austria-Hungary
Bundesheer Austria
Tentera Udara Austria (1927–38)
Luftwaffe (1938–45)
Tahun perkhidmatan1906–45
Pangkat Generaloberst
ArahanLuftflotte 4
Heeresgruppe E
OB Südost
PertempuranKrisis Bosnia

Perang Dunia I

  • Pengepungan Przemyśl
  • Penyerangan Gorlice–Tarnów

Perang Dunia II

AnugerahKnight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak
Tandatangan


Alexander Löhr (20 Mei 1885 – 26 Februari 1947) adalah seorang panglima Tentera Udara Austria (Österreichische Luftstreitkräfte) semasa era 1930an dan, selepas pengilhakan Austria (Anschluss), beliau menjadi salah seorang panglima perang Tentera Udara (Luftwaffe) Jerman. Löhr berkhidmat di dalam Luftwaffe semasa Perang Dunia Kedua, naik sebagai panglima Kumpulan Tentera Darat E dan kemudian sebagai panglima tertinggi Tenggara Eropah (OB Südost). Löhr merupakan salah seorang dari tiga rakyat Austria yang naik ke pangkat Generaloberst (Kolonel Jeneral) didalam Wehrmacht Jerman. Lagi dua orang ialah Erhard Raus dan Lothar Rendulic.

Löhr menyerah diri kepada askar Partisan Yugoslavia pada Mei 1945 dan telah dipenjarakan sehingga Februari 1947. Beliau telah dibicarakan dan didapati bersalah kerana jenayah perang dalam peranannya sebagai panglima unit-unit Luftwaffe yang terlibat dalam Pengeboman Belgrade pada tahun 1941 dan peranannya dalam jenayah perang selaku panglima tertinggi Tenggara Eropah. Beliau telah dihukum mati pada 26 Februari 1947.