Operation Zuhal Kecil

Operasi Zuhal Kecil
Sebahagian daripada Pertempuran Stalingrad di Perbatasan Timur

Kemaraan Soviet semasa Little Saturn.
Tarikh16–30 Disember 1942
(2 minggu)
Lokasi
Wilayah sungai Don dan sungai Chir
Keputusan Kemenangan Soviet
Pihak yang terlibat
 Jerman Nazi
Fasis Itali
Kerajaan Hungary
 Romania
 Kesatuan Soviet
Komandan dan pemimpin
Adolf Hitler
Erich von Manstein
Erhard Raus
Edwald von Kleist
Italo Gariboldi
Gusztáv Jány
Petre Dumitrescu
Joseph Stalin
Nikolai Vatutin
Fyodor Kuznetsov
Dmitri Lelyushenko
Vasily Gerasimenko
Filipp Golikov

Operasi Zuhal Kecil (Rusia: операция «Малый Сатурн», rumi: Operatsiya "Malyy Saturn") merupakan satu penyerangan oleh Tentera Merah di Perbatasan Timur semasa Perang Dunia Kedua, yang membawa kepada pertempuran di kawasan sungai Don dan Chir dalam wilayah Kesatuan Soviet yang diduduki Jerman, dari 16 hingga 30 Disember 1942.

Kejayaan Operasi Uranus, yang dilancarkan pada 19 November 1942, telah mengepung 250,000 anggota daripada Tentera Darat Ke-6 Jerman pimpinan Jeneral Friedrich Paulus, serta sebahagian daripada Tentera Darat Ke-4 Panzer pimpinan Jeneral Hermann Hoth di Stalingrad. Bagi mengeksploitasi kemenangan ini, staf am Soviet merancang satu serangan berskala besar dengan Rostov-on-Don sebagai matlamat utama, yang diberi kod nama "Zuhal". Namun, Joseph Stalin kemudiannya mengurangkan skop operasi ini kepada serangan yang lebih kecil dikenali sebagai "Zuhal Kecil". Penyerangan ini berjaya memecahkan pertahanan tentera Paksi dan memberikan tekanan hebat terhadap pasukan Jerman yang terlalu tersebar di Ukraine Timur. Sebuah lagi serangan balas Soviet di selatan Sungai Don turut berjaya menghalang kemaraan Jerman yang bertujuan membebaskan tentera yang terkepung di Stalingrad.

Dalam operasi susulan pada Januari dan Februari 1943, tentera Soviet akhirnya berjaya menawan Rostov, sebagaimana yang dirancang dalam operasi asal "Zuhal". Walaupun mencapai kemenangan-kemenangan tersebut, pihak Soviet pula bergerak terlalu jauh, yang membuka ruang kepada penyerangan balas Jerman dalam Pertempuran Kharkov Ketiga dan Pertempuran Kursk.