Georgy Zhukov
Georgy Zhukov | |
|---|---|
Georgy Zhukov pada 1944 | |
| Menteri Pertahanan Kesatuan Soviet | |
| Dalam jawatan 9 Februari 1955 – 26 Oktober 1957 | |
| Premier | Nikolai Bulganin |
| Didahului oleh | Nikolai Bulganin |
| Digantikan oleh | Rodion Malinovsky |
| Anggota penuh Politburo | |
| Dalam jawatan 29 Jun – 29 Oktober 1957 | |
| Anggota calon Politburo | |
| Dalam jawatan 27 Februari 1956 – 29 Jun 1957 | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Georgy Konstantinovich Zhukov Гео́ргий Константи́нович Жу́ков 1 Disember 1896 Strelkovka, Empayar Rusia |
| Meninggal dunia | 18 Jun 1974 (umur 77) Moscow, SFSR Rusia, Soviet Union |
| Kewarganegaraan | Soviet |
| Parti politik | Parti Komunis Kesatuan Soviet |
| Pasangan | Alexandra Dievna Zuikova (1920–1953) Galina Alexandrovna Semyonova (1965–1973) |
| Anak | Era Zhukova (lahir 1928) Margarita Zhukova (1929–2011) |
| Bidang pengkhususan | Tentera |
| Anugerah awam | Hero of the Soviet Union (1939) Hero of the Soviet Union (1944) Hero of the Soviet Union (1945) Hero of the Soviet Union (1956) |
| Tandatangan | |
| Perkhidmatan tentera | |
| Kesetiaan | Empayar Rusia Kesatuan Soviet |
| Cabang/khidmat | Tentera Darat Imperial Rusia Tentera Merah Soviet Angkatan Darat Soviet |
| Tahun khidmat | 1915–1957 |
| Pangkat | Marsyal Kesatuan Soviet |
| Pangkalan | Wilayah Tentera Kiev Wilayah Tentera Odessa Ketua Turus Am Barisan Barat Barisan Pertama Belarusia Barisan Leningrad Barisan Simpanan |
| Perang/Pertempuran | Perang Dunia I Perang Saudara Rusia Perang Sempadan Soviet–Jepun (Pertempuran Khalkhin Gol) Pendudukan Soviet ke atas Bessarabia dan Bukovina Utara Perang Patriotik Besar |
Georgy Konstantinovich Zhukov (1 Disember 1896 – 18 Jun 1974), ialah seorang Marsyal Kesatuan Soviet dalam Tentera Merah Rusia semasa Perang Dunia Kedua, Zhukov mendapat reputasinya dengan kejayaan semasa bertempur menentang Jepun di Mongolia pada tahun 1939. Selepas pencerobohan Jerman terhadap Soviet Union, beliau memegang satu siri kedudukan pemerintah penting dalam mempertahankan Smolensk, Leningrad, dan akhirnya Moscow pada musim luruh 1941. Di gelar “Penyelamat Moscow,” beliau kemudiannya menjadi “Penyelamat Stalingrad”, memimpin pertahanan Soviet dan serangan balas menentang Tentera Darat Ke-6 Paulus. Zhukov kemudiannya memimpin serangan besar Rusia terhadap Ukraine, Poland, dan akhirnya Jerman. Tentera beliau menguasai Berlin pada 2 Mei 1945 dan pada 8 Mei Jerman menyerah kalah kepadanya.
Di antara kebanyakkan panglima perang terkemuka Perang Dunia II, Zhukov berada ditempat teratas kerana bilangan dan skala kemenangan yang besar, dan bakatnya dalam mengarah operasi dan strategi telah di akui oleh kebanyakkan orang. Ramai pemimpin tentera terkenal dunia seperti Bernard Montgomery dan Dwight D. Eisenhower mengiktiraf sumbangan besar Zhukov dalam banyak kemenangan penting Perang Dunia Kedua. Pencapaiannya dalam peperangan menjadi warisan berharga bagi pengetahuan tentera umat manusia, menggunakan pengaruh yang besar keatas Soviet dan seluruh teori ketenteraan dunia.