Aleksandr Vasilevsky
Aleksandr Vasilevsky | |
|---|---|
Александр Василевский | |
Vasilevsky pada 1946 | |
| Menteri Perang | |
| Dalam jawatan 25 Februari 1950 – 15 Mac 1953 | |
| Premier | Joseph Stalin (1950–1953) Georgy Malenkov (1953) |
| Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
| Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan (Jawatan diwujudkan semula sebagai Kementerian Pertahanan, dengan Nikolai Bulganin sebagai pengganti) |
| Menteri Angkatan Tentera | |
| Dalam jawatan 24 Mac 1949 – 25 Februari 1950 | |
| Premier | Joseph Stalin |
| Didahului oleh | Nikolai Bulganin |
| Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 30 September 1895 Novaya Golchikha, Rusia |
| Meninggal dunia | 5 Disember 1977 (umur 82) Moscow, Kesatuan Soviet |
| Tempat semadi | Tembok Kremlin Necropolis |
| Anugerah awam | Hero of the Soviet Union (2) Order of Victory (2) Order of Suvorov, 1st Class Order of Lenin (8) Order of the Red Banner (2) Virtuti Militari |
| Perkhidmatan tentera | |
| Kesetiaan | |
| Tahun khidmat | 1915–1959 |
| Pangkat | Marsyal Kesatuan Soviet |
| Pangkalan | Ketua Turus Am Barisan Ke-3 Belarusia Markas Timur Jauh |
| Perang/Pertempuran | |
| Memoirs: The Matter of My Whole Life, 1973. | |
Aleksandr Mikhaylovich Vasilevsky (Rusia: Алекса́ндр Миха́йлович Василе́вский, 30 September [G.L.: 18 September] 1895, Vichuga – 5 Disember 1977) ialah seorang pegawai tertinggi Rusia dalam Tentera Merah yang telah dinaikkan pangkat ke Marsyal Kesatuan Soviet pada tahun 1943. Beliau merupakan Ketua Turus Am Angkatan Tentera Soviet dan Timbalan Menteri Pertahanan semasa Perang Dunia II, serta menjadi Menteri Pertahanan dari tahun 1949 hingga 1953. Selaku Ketua Turus Am, Vasilevsky bertanggungjawab bagi perancangan dan penyelarasan hampir kesemua serangan muktamad Soviet dalam Perang Dunia II, bermula dari serangan balas Stalingrad hingga ke serangan Prusia Timur dan Königsberg.
Vasilevsky memulakan kerjaya tenteranya dalam Perang Dunia I, telah dianugerahkan pangkat Kapten pada tahun 1917. Pada permulaan Revolusi Oktober dan Perang Saudara beliau telah direkrutkan kedalam Tentera Merah, mengambil bahagian dalam Perang Poland-Soviet. Selepas perang, beliau naik pangkat dengan cepat , menjadi komander rejimen pada tahun 1930. Pada posisi ini, beliau mempamerkan kemahiran tinggi dalam menyusun dan melatih pasukannya. Bakat Vasilevsky menjadi perhatian, dan pada tahun 1931 beliau telah dilantik sebagai anggota Direktorat Latihan Ketenteraan. Pada tahun 1937, selepas peristiwa Great Purge Stalin, beliau telah dilantik sebagai pegawai Staf Am.
Pada permulaan serangan balas Soviet tahun 1943 ketika Perang Dunia II, Vasilevsky menyelaras dan melaksanakan serangan Tentera Merah keatas hulu Sungai Don, di Lembah Donets, Krimea, Belarus dan Negara-negara Baltik, mengakhiri perang dengan penawanan bandar Königsberg pada April 1945. Pada Julai 1945, beliau telah dilantik sebagai Panglima Tertinggi Angkatan Bersenjata Soviet di Timur Jauh, melaksanakan Operasi Penyerangan Strategik Manchuria dan kemudiannya menerima Penyerahan kalah Jepun. Selepas perang, beliau menjadi Menteri Pertahanan Soviet, jawatan yang disandangnya sehingga kematian Stalin pada tahun 1953. Dengan kebangkitan Nikita Khrushchev, Vasilevsky mula hilang kuasa dan akhirnya dipencenkan. Selepas kematiannya, beliau telah disemadikan di Tembok Kremlin Necropolis sebagai mengiktiraf jasa bakti lampaunya dan sumbangan kepada negara.