Georg-Hans Reinhardt
| Georg-Hans Reinhardt | |
|---|---|
Generalleutnant Reinhardt semasa di Perancis, Mei 1940 | |
| Kelahiran | 1 Mac 1887 |
| Meninggal dunia | 22 November 1963 (umur 76) |
| Kesetiaan | Jerman Nazi |
| Perkhidmatan | Tentera Darat |
| Pangkat | Generaloberst |
| Unit | Panzer |
| Arahan | Divisyen Ke-4 Panzer Kor XLI Panzer Tentera Darat Ke-3 Panzer Kumpulan Tentera Darat Tengah |
| Pertempuran | Perang Dunia II |
| Anugerah | Knight Cross berserta Daun Oak dan Pedang |
Georg-Hans Reinhardt (1 Mac 1887 – 23 November 1963) adalah seorang panglima perang Jerman dan penjenayah perang semasa Perang Dunia II. Beliau memerintah Tentera Darat Ke-3 Panzer dari tahun 1941 hingga 1944, dan Kumpulan Tentera Darat Tengah pada tahun 1944 dan 1945, mencapai pangkat Generaloberst (Kolonel Jeneral).
Selepas perang, Reinhardt telah dibicarakan di Perbicaraan Pemerintah Tertinggi, sebagai sebahagian daripada Perbicaraan Nuremberg Terkemudian. Beliau telah didapati bersalah kerana jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan dan dihukum penjara 15 tahun. Beliau dibebaskan pada tahun 1952.